awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan hanya nyatakan hasrat, terpulang kepada PBS - Shafie Apdal

Alexion Mairin
Alexion Mairin
07/06/2022
11:50 MYT
Warisan hanya nyatakan hasrat, terpulang kepada PBS - Shafie Apdal
Sambil menyifatkan ia adalah keputusan masing-masing, Presiden Warisan itu berkata, beliau hanya menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan parti politik tempatan.
KOTA KINABALU: Keputusan untuk setia dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan keengganan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk bekerjasama dengan Parti Warisan tidak boleh dipaksa, kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sambil menyifatkan ia adalah keputusan masing-masing, Presiden Warisan itu berkata, beliau hanya menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan parti politik tempatan.
"Kita tidak boleh paksa cuma saya menyatakan kerana kita (Warisan) ingin bergabung dengan parti tempatan.
"Parti tempatan yang dari dahulu kita lihat boleh bekerjasama ialah PBS dan USNO seperti apa yang berlaku dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang terdiri daripada parti-parti tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kota Kinabalu pada Selasa.
Mohd Shafie turut mempertikaikan GRS yang ditunjangi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari Semenanjung.
"Jadi apa pengertian dia... berbeza dengan apa yang berlaku di Sarawak. Di Sarawak semuanya parti-parti tempatan dan tiada langsung parti berdaftar dari Semenanjung menjadi gabungan mereka," katanya.
Terdahulu, Presiden PBS, Datuk Seri Maximus Ongkili dalam satu kenyataan menjelaskan parti itu kekal dengan pendirian dan setia untuk bersama-sama GRS.
Topic Berkaitan
#Warisan
#Shafie Apdal
#Warisan PBS
#Kerjasama Warisan PBS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan