awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan tetap heret 11 ADUN keluar parti ke mahkamah

Sinar Harian
Sinar Harian
16/07/2023
04:00 MYT
Warisan tetap heret 11 ADUN keluar parti ke mahkamah
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tindakan akan diambil atas kesalahan melanggar syarat perjanjian yang telah ditandatangani bersama parti Warisan. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Parti Warisan tetap akan mengambil tindakan mengheret 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar daripada parti itu ke mahkamah.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tindakan akan diambil atas kesalahan melanggar syarat perjanjian yang telah ditandatangani bersama parti Warisan.
"Kita membayar ADUN-ADUN yang telah melompat, bayar deposit, bayar peguam dan perbelanjaannya dalam kempen, tetapi begitu senang dia melompat.
"Apabila berlaku terhadap Zuraida (bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin) di mana mahkamah putuskan beliau perlu bayar RM10 juta walaupun mereka katakan tiada tandatangan.
"Ada tandatangan tetapi mungkin tidak memenuhi beberapa syarat-syarat yang termaktub, tetapi kalau saya dengar keputusan hakim itu, dia melompat, hukuman perlu ada kerana bukan mereka yang berbelanja tetapi kita (parti) yang mengeluarkan wang untuk bendera dan deposit," katanya dalam sidang akhbar di Flat Tanjung Aru di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan tindakan mahkamah terhadap 11 ADUN yang keluar daripada Warisan.
Beliau menegaskan bahawa kesemua ADUN itu telah melanggar kontrak perjanjian dan pampasan perlu diberikan kepada parti.
"Bon kami ada, bukan hanya berbentuk kewangan dan ia bukan hanya mengenai wang tetapi kita mahu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dikosongkan dan itu yang menjadi keutamaan kita.
"Tetapi sejak ada keputusan pampasan juga perlu diberikan kepada parti dan jika boleh diberikan kepada yang lain kenapa tidak diberikan kepada kita," katanya.
Mohd Shafie berkata, kes pertama membabitkan ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir setakat ini dalam proses rayuan.
"Kes lain, oleh kerana sudah ada keputusan terhadap Zuraida maka kita akan lihat bagaimana keadaannya. Mungkin bila dikatakan tiada bon tetapi bon bukan hanya tentang wang dan itu yang harus dilihat," katanya.
Sepuluh lagi ADUN keluar daripada Warisan ialah ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, Datuk Peter Anthony (Melalap), Juil Nuatim (Limbahau), Datuk Mohamaddin Ketapi (Segama) dan Rina Jainal (Kukusan).
Selain itu, ADUN Kunak, Norazlinah Arif, Mohamad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjung Kapor), Datuk Awang Ahmad Sah Sahari (Petagas) dan Hiew Vun Zin (Karamunting). - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#Warisan
#keluar parti
#Tindakan Mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan