Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Haji Safar Untong hari ini menyiarkan Warta Kerajaan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai 2020.

Warta itu memaklumkan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin mempunyai peruntukan untuk membubarkan DUN Sabah ke-15 mengikut Fasal (2) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sabah.

Warta itu turut ditandatangani oleh Mohor Besar KerajaanNegeri di Kota Kinabalu dengan perintah TYT Negeri Sabah pada tarikh yang sama.

Ini ekoran pergolakan politik di negeri Sabah membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.



Pada Khamis, Shafie yang merupakan ADUN Senallang telah mengumumkan pembubaran DUN Sabah selepas mendapat perakuan daripada TYT pada malam Rabu.

Satu pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

Sebelum itu, Musa membuat kejutan selepas mendakwa beliau telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk sebuah Kerajaan Negeri Sabah yang baharu.

BACA: LAPOR LANGSUNG: Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan

BACA: DUN Sabah bubar: Ini 10 perkara anda perlu tahu dari sidang akhbar Shafie Apdal

BACA: Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan

BACA: Musa Aman tolak keputusan bubar DUN kerana bahayakan nyawa rakyat Sabah

Rentetan daripada dakwaan Musa, Mohd Shafie dalam satu sidang media pada Khamis mengumumkan beliau masih Ketua Menteri Sabah (caretaker) sehingga berlangsungnya PRN.

Mohd Shafie turut mendakwa yang beliau mempunyai sokongan majoriti dan tampuk pemerintahan kerajaan Negeri Di Bawah Bayu itu masih berpihak pada Pakatan Harapan Sabah.



Dalam perkembangan lain, Musa dalam satu sidang media khas di kediamannya di Luyang, Kota Kinabalu sekeras-kerasnya meneruskan dakwaan bahawa beliau juga mempunyai 'simple'majoriti.

Namun, selepas sidang media berkenaan, Musa dan rombongannya yang turut disertai oleh Datuk Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Hajiji Mohd Nor bergegas untuk mengadap TYT Tun Juhar di Istana Negeri, Jalan Istana di sini.

Musa dan rombongannya dilaporkan tidak diberikan akses ke dalam Istana.