awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yakin gelombang PRN jauh lebih besar daripada PRU15 - Tuan Ibrahim

Sinar Harian
Sinar Harian
02/08/2023
00:15 MYT
Yakin gelombang PRN jauh lebih besar daripada PRU15 - Tuan Ibrahim
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, gelombang pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti jauh lebih besar daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu. - Gambar fail BERNAMA
SHAH ALAM : Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, gelombang pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti jauh lebih besar daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
Beliau berkata, ahli UMNO dan Pakatan Harapan (PH) telah sedar bahawa pemimpin mereka ialah pembohong.
“Gelombang besar pada PRU lepas, sebab rakyat inginkan kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah.
“Pemimpin bukan sahaja perlu pandai bercakap, namun mampu melaksanakan tanggungjawab dalam pemerintahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, ahli Pas sentiasa bermunajat dan menjaga hubungan dengan ALLAH khususnya Dewan Ulamak.
“Maka, jagalah hubungan kita dengan ALLAH. Kalau maksiat kita sama dengan maksiat musuh, ALLAH tidak akan tolong kita,” katanya.
Pada 5 Julai lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari pengundian bagi pilihan raya di enam negeri (PRN) akan dilaksanakan serentak pada 12 Ogos.
Menurutnya, ia melibatkan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36). - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#gelombang PRN
#PAS
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan