awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim terima 30 projek, keperluan dana lebih RM4 bilion
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yusof nafi tandatangan surat letak jawatan sebagai ADUN

Sinar Harian
Sinar Harian
18/10/2021
09:00 MYT
Yusof nafi tandatangan surat letak jawatan sebagai ADUN
Yusof membuat penafian itu berhubung satu surat bertarikh 8 Oktober lalu yang didakwa ditandatangani sebelum ditularkan di media sosial beberapa hari lalu.- Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Yusof Yacob menafikan beliau menandatangani surat peletakan jawatan sebagai ADUN serta-merta.
Beliau membuat penafian itu berhubung satu surat bertarikh 8 Oktober lalu yang didakwa ditandatangani sebelum ditularkan di media sosial beberapa hari lalu.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya, saya tidak pernah menandatangani surat bertarikh 8 Oktober 2021 seperti yang tular itu.
"Saya difahamkan bahawa surat itu dihantar oleh peguam Parti Warisan Sabah (Warisan) kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) (Datuk Kadzim M Yahya)," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Sehubungan itu, beliau berkata, keputusan berhubung perkara itu akan dibuat oleh Speaker DUN Sabah.
"Kita tunggu keputusan Speaker DUN," katanya ringkas.
[TERKINI] ADUN Sindumin sah keluar Warisan
Pada Jumaat lalu, tular surat peletakan jawatan serta-merta sebagai ADUN Sabah yang ditandatangani oleh Yusof sebagai ADUN Sindumin bertarikh 8 Oktober 2021.
Isi kandungan surat itu menyatakan beliau tidak akan layak untuk menjadi calon untuk ADUN Sabah selama lima tahun bermula tarikh surat berkenaan.
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini menegaskan surat taat setia dan akuan bersumpah serta video ADUN Warisan masih ada dalam simpanan parti dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap Yusof.
Yusof pada 8 Oktober lalu mengumumkan bahawa beliau keluar daripada Warisan dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
ARTIKEL ASAL DISIARKAN SINAR HARIAN: Yusof nafi tandatangan surat letak jawatan sebagai ADUN
Topic Berkaitan
#ADUN Sindumin
#letak jawatan
#Yusof Yacob
#DUN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan