awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Ranking Zii Jia terus merudum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid Hamidi tak perlu letak jawatan - UMNO Perak

Sinar Harian
Sinar Harian
20/10/2018
02:24 MYT
Zahid Hamidi tak perlu letak jawatan - UMNO Perak
UMNO Perak berpegang teguh kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga mahkamah memutuskan dia bersalah.
UMNO Perak melihat tidak ada keperluan untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan atas pendakwaan yang dikenakan terhadapnya.
Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, setelah meneliti 45 pertuduhan yang dikenakan ke atas Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk itu, Umno Perak menyifatkan semua pertuduhan tersebut bertujuan untuk memalukan Ahmad Zahid, keluarganya dan juga ahli-ahli parti.
Katanya, UMNO Perak berpegang teguh kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga mahkamah memutuskan dia bersalah.
"Oleh itu UMNO Perak berpendapat Ahmad Zahid tidak perlu meletakkan jawatan atau berehat daripada memegang jawatan Presiden.
"Ini kerana tindakan itu akan memberi kemenangan moral kepada pihak berkuasa yang sememangnya merancang untuk melemahkan UMNO dengan cara memberi tekanan melalui pendakwaan berpilih ke atas pemimpin-pemimpin kanannya," katanya dalam kenyataan kepada media malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagi mengulas pertuduhan yang dikenakan ke atas Ahmad Zahid semalam.
Sementara itu, Saarani turut membayangkan kemungkinan pemimpin kanan UMNO yang lain akan menjadi mangsa pendakwaan terpilih itu.
"Kita tidak tahu siapakah pula selepas ini, pemimpin kanan Umno yang akan menjadi mangsa kerakusan pihak berkuasa seterusnya.
"Jika setiap yang didakwa di mahkamah perlu meletakkan jawatan, siapakah lagi yang akan tinggal untuk memimpin parti?," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau sekali lagi menegaskan bahawa semua ahli parti di setiap peringkat perlu terus memberi sokongan padu kepada Ahmad Zahid sebagai presiden parti.
Topic Berkaitan
#Datuk Saarani Mohamad
#mahkamah
#mangsa
#Pengerusi UMNO Perak
#presiden
#Presiden UMNO
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan