awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zaid Ibrahim umum sertai DAP esok

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
06/02/2017
13:06 MYT
Zaid Ibrahim umum sertai DAP esok
Datuk Zaid Ibrahim bakal mengadakan sidang media di kediamannya di Tropicana Golf Resort, 9.30 pagi esok bagi mengumumkan penyertaannya dalam DAP. - Foto BERNAMA
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bakal mengadakan sidang media di kediamannya di Tropicana Golf Resort, 9.30 pagi esok bagi mengumumkan penyertaannya dalam DAP.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad dan ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang juga dijangka menyertai sidang media tersebut.
DAP dikatakan akan memanfaatkan imej berprofil tinggi Zaid untuk mengikis tuduhan bahawa ia sebuah parti yang didominasi kaum Cina.
Sementara itu, Zaid dalam satu video yang dimuat naik menerusi Facebook miliknya menyatakan pembatalan sidang media yang dijadual hari ini di Kelab Diraja Selangor (KDS), Bukit Kiara disebabkan oleh tekanan politik.
Namun, Pengurus Besar KDS, Ramesh Menon dalam satu kenyataan menafikan dakwaan tersebut berkata bilik majlis yang disediakan adalah untuk acara peribadi, sosial, dan sukan sahaja dan sidang akhbar Zaid tidak tergolong dalam mana-mana kategori.
“KDS adalah semata-mata kelab sosial dan sukan. Ahli-ahli dibenarkan untuk menempah bilik fungsi untuk acara peribadi, sosial, dan sukan sahaja.
“KDS dimaklumkan oleh seorang ahli tujuan acara 7 Februari itu. Memandangkan ia bukan sebarang acara sosial atau sukan, maka jawatankuasa kelab membatalkan tempahan itu selaras dengan dasar dan prosedur operasi kelab.
“Ini adalah soal dalaman dan bukannya hasil campur tangan pihak ketiga,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#Datuk Zaid Ibrahim
#sidang media sertai DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan