awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zaidi tidak gentar hadapi Nurul Izzah di Permatang Pauh

Bernama
Bernama
24/04/2018
21:44 MYT
Zaidi tidak gentar hadapi Nurul Izzah di Permatang Pauh
Mohd Zaidi (dua, kanan) bergambar bersama calon-calon lain selepas menerima watikah calon untuk bertanding bagi PRU14. - Foto BERNAMA
Calon Barisan Nasional (BN) untuk Parlimen Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata sudah tiba masanya penduduk kawasan itu berubah arah memandangkan Permatang Pauh kini jauh ketinggalan dalam arus pembangunan.
Mohd Zaidi, 49 tahun, yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, berkata sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu, banyak perkara yang boleh dilakukan untuk memajukan kawasan yang telah lama berada di bawah PKR berkenaan.
Bakal berdepan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Afnan Hamimi Taib Azamudden daripada Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, Mohd Zaidi berkata perkara itu tidak sedikitpun menggentarkannya malah yakin mampu memberikan saingan berdasarkan rekodnya yang telah lama berkhidmat untuk penduduk di Permatang Pauh.
"Pakatan Harapan (PH) tidak boleh lagi bersandar pada kekuatan mereka selepas era reformasi kerana ini juga kali pertama mereka akan ditentang oleh Pas.
"Sebelum ini, kita berdepan masalah kerana jentera BN tidak dapat masuk ke beberapa kawasan namun keadaan sudah berubah apabila penduduk menerima kehadiran kami sewaktu mengadakan program... bagi saya ia adalah petanda baik," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan watikah calon-calon BN Pulau Pinang pada PRU14 di sini pada Selasa yang turut dihadiri kira-kira 1,500 penyokong mereka.
Beliau berkata hasratnya ialah meningkatkan kualiti pendidikan, menambah baik kemudahan awam, masjid, surau dan mewujudkan budaya sihat dalam kalangan golongan muda menerusi pembinaan pusat rekreasi, gelanggang permainan serta pembangunan usahawan yang lebih terarah.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh disandang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menewaskan Suhaimi Sabudin (BN-UMNO) dengan majoriti 8,841 undi pada pilihan raya kecil Mei 2015.
Sementara itu, calon muka baharu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Ayer Tawar Zambri Che Ros bertekad untuk meneruskan kesinambungan pembangunan yang dibawa oleh ketua pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid yang tidak bertanding pada pilihan raya umum ini.
Zambri yang merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Tasek Gelugor itu berkata pencalonan beliau di kawasan tersebut adalah satu cabaran memandangkan DUN Teluk Air Tawar sebelum ini diwakili wakil rakyat wanita.
"Datuk Jahara telah lima penggal menjadi wakil rakyat di sini sejak 1999 dan sebelum Jahara, kawasan ini juga diwakili wakil wanita," katanya.
Pada PRU14 ini, Zambri dijangka berdepan Mohamad Hanif Haron (Pas), Lee Thian Hong (PRM) dan Mustafa Kamal Ahmad (PKR). Pada PRU ke-13, BN menang di DUN Telok Ayer Tawar apabila Jahara menewaskan Norhayati Jaafar (PAS) dengan majoriti 840 undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#MalaysiaMemilih
#Mohd Zaidi Mohd Said
#Nurul Izzah Anwar
#Permatang Pauh
#PKR
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan