Skip to main content

Dunia

Bekas Pengurus Liverpool Klopp terima anugerah kehormat daripada Raja Britain

Soccer Football - Juergen Klopp press conference - Salzburg, Austria - January 14, 2025 Red Bull's Global Head of Soccer Juergen Klopp after the press conference REUTERS/Angelika Warmuth
Klopp membimbing Liverpool dari 2015 hingga 2024 dan berjaya menghadiahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris serta Liga Juara-Juara UEFA kepada kelab berkenaan. - Gambar fail/REUTERS

LONDON: Bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, bakal menerima anugerah kehormat “Most Excellent Order of the British Empire”  (CBE), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Anugerah yang dikurniakan oleh Raja Charles III dari United Kingdom (UK) itu diberikan sebagai penghargaan terhadap sumbangan Klopp kepada sukan bola sepak dan komuniti di Liverpool. 

Pengiktirafan itu sebenarnya diumumkan oleh Kerajaan UK pada Februari lepas, namun terkandung dalam senarai penerima anugerah yang panjang.

Agensi pengurusan Klopp, SPORTFIVE, mengesahkan berita itu pada Isnin.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada warga Jerman berusia 58 tahun itu menerima pingat yang mengiringi penganugerahan berkenaan.

Klopp membimbing Liverpool dari 2015 hingga 2024 dan berjaya menghadiahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris serta Liga Juara-Juara UEFA kepada kelab berkenaan.

Warga asing yang bukan rakyat UK boleh menerima versi kehormat bagi anugerah kebesaran Britain.

Sebagai contoh, jurulatih dari Belanda Sarina Wiegman, yang membimbing pasukan bola sepak wanita England meraih dua gelaran Kejohanan Eropah, turut dianugerahkan anugerah kehormat Dame, namun tidak boleh menggunakan gelaran itu secara rasmi.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement