BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo, dilaporkan berjaya mengelak hukuman penjara dalam kes penipuan cukai yang berlarutan sejak lebih tujuh tahun lalu di Sepanyol.
Kes berkenaan sebenarnya berkait dengan dakwaan bahawa Ronaldo gagal mengisytiharkan pendapatan berkaitan hak imej ketika beraksi bersama Real Madrid antara 2011 hingga 2014.
Advertisement
Mahkamah memutuskan Ronaldo bersalah dan menjatuhkan denda sebanyak EURO18.8 juta (sekitar RM84 juta), selain hukuman penjara 23 bulan yang digantung.
Namun, dia tidak perlu menjalani hukuman penjara kerana undang-undang Sepanyol membenarkan pesalah pertama dengan hukuman kurang dua tahun menjalani hukuman secara percubaan.
Kes ini sebenarnya telah diselesaikan sejak 2019 apabila Ronaldo mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa Sepanyol, termasuk mengaku bersalah dan membayar denda besar untuk menutup kes tersebut.
Ronaldo sebelum ini didakwa menyeleweng cukai bernilai sekitar EURP14.8 juta melalui struktur syarikat luar pesisir bagi menyembunyikan pendapatan daripada hak imej.
Dengan penyelesaian itu, Ronaldo bebas daripada hukuman penjara dan boleh terus memberi tumpuan kepada karier bola sepaknya bersama Al-Nassr serta pasukan kebangsaan Portugal.
Kes ini turut menjadi antara kes berprofil tinggi melibatkan pemain bola sepak elit dunia berkaitan isu cukai di Sepanyol, selain beberapa pemain lain yang pernah berdepan situasi sama.