Skip to main content

Dunia

Presiden Brazil label Neymar pemain "bekerja dari rumah"

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Brazil Training - Columbia Park Training Facility, Morristown, New Jersey, U.S. - June 17, 2026 Brazil's Neymar Jr., Ederson and Gabriel Magalhaes during training IMAGN IMAGES via Reuters/Caean Couto
Presiden Luiz Inacio Lula da Silva secara berseloroh menyifatkan bintang bola sepak yang cedera, Neymar sebagai pemain "yang bekerja dari rumah," menarik ketawa penonton pada satu acara di Belo Horizonte. - Gambar Reuters
Advertisement

RIO DE JANEIRO: Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva secara berseloroh menyifatkan bintang bola sepak yang cedera, Neymar sebagai pemain "yang bekerja dari rumah," menarik ketawa penonton pada satu acara di Belo Horizonte, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Pemain itu secara mengejut disenaraikan dalam skuad Piala Dunia oleh jurulatih Carlo Ancelotti walaupun mengalami masalah kecederaan betis.

“Saya membaca semalam Neymar ialah pemain pertama di dunia yang dikatakan bekerja dari rumah,” kata Lula merujuk kepada pekerja yang kini tinggal dan bekerja di rumah mereka daripada pergi ke pejabat dalam era pascapandemik.

"Saya fikir suatu hari nanti kita perlu menurunkan pasukan kebangsaan dengan kecerdasan buatan: 11 Peles," tambah Lula.

Penyerang yang cedera itu masih belum beraksi pada Piala Dunia di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.

Dalam perlawanan pembukaan 1-1 menentang Maghribi, beliau sekurang-kurangnya mengikuti perlawanan dari tepi padang. 

Bagaimanapun, beliau tidak pergi bersama pasukan ke Philadelphia untuk perlawanan kumpulan kedua Selecao menentang Haiti pada Jumaat.

Pemain berusia 34 tahun itu meneruskan proses pemulihan di kem Brazil di New Jersey,

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video

Advertisement