Skip to main content

Dunia

Rybakina tarik diri kejohanan di Tokyo akibat kecederaan leher

Elena Rybakina memberi ucapan selepas menarik diri daripada perlawanan suku akhir menentang Leylah Fernandez di Ariake Coliseum, Tokyo, Jepun, 30 Okt 2026. REUTERS
Elena Rybakina memberi ucapan selepas menarik diri daripada perlawanan suku akhir menentang Leylah Fernandez di Ariake Coliseum, Tokyo, Jepun, 30 Okt 2026. REUTERS

Advertisement

Advertisement

TOKYO: Pemain tenis wanita nombor satu dunia yang baharu, Elena Rybakina terpaksa menarik diri daripada perlawanan suku akhir menentang Leylah Fernandez di Tokyo pada Jumaat akibat kecederaan leher, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Malangnya, saya mengalami keradangan dan kesakitan pada bahagian leher yang menjejaskan keupayaan saya untuk bermain pada tahap terbaik," katanya dalam satu kenyataan.

"Ini keputusan yang amat sukar kerana saya suka bermain di sini dan sentiasa menghargai sokongan luar biasa daripada peminat. Saya berharap dapat kembali beraksi tahun depan. Terima kasih atas pemahaman dan sokongan semua."

Advertisement

Kejohanan Akhir WTA di Indian Wells dijadual berlangsung dari 8 hingga 15 Nov, namun masih belum dapat dipastikan sama ada beliau akan beraksi di California.

Fernandez akan menentang Kamilla Rakhimova pada peringkat separuh akhir.

Advertisement

Sementara itu, pemain Slovakia berusia 18 tahun, Mia Pohankova, pula melangkah ke separuh akhir kejohanan WTA buat kali pertama dalam penampilan keempatnya selepas menewaskan Alycia Parks 7-6 (7-3), 6-3. Seterusnya, beliau akan berdepan Diana Shnaider.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement