Skip to main content

Dunia

Sukan Asia Aichi-Nagoya membuka tirai, Jepun jadi tuan rumah selepas 32 tahun

NAGOYA, 19 Sept - Kontinjen Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat ketika memasuki ruang perarakan pada upacara pembukaan rasmi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya City Mizuho Park Athletic Stadium hari ini. Edisi ke-20 temasya berprestij itu menghimpunkan lebih 15,000 atlet dari 45 negara yang bakal menguji kekuatan, kemahiran dan ketahanan dalam 43 jenis sukan membabitkan 469 acara sepanjang 16 hari pertandingan. Jepun menjadi tuan rumah buat kali ketiga selepas Tokyo pada 1958 dan H
Jepun menjadi tuan rumah temasya itu buat kali ketiga, selepas Tokyo pada 1958 dan Hiroshima pada 1994. - Gambar Bernama
Advertisement

NAGOYA: Sukan Asia Aichi-Nagoya bermula pada Sabtu, dengan Jepun menganjurkan temasya sukan benua itu buat kali pertama sejak 1994 dan mengalu-alukan 45 negara yang bertanding dalam 43 sukan, lapor Kyodo News.

Kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menjadi rebutan termasuk dalam sukan hoki, luncur air dan skuasy yang diadakan di Nagoya dan bandar lain di Wilayah Aichi, Shizuoka dan Gifu yang berdekatan, serta Tokyo dan Osaka.

Lebih 17,000 atlet dan pegawai mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung setiap empat tahun itu, menurut Majlis Olimpik Asia.

Jepun menghantar kontinjen terbesarnya iaitu 932 atlet, menyasarkan untuk melepasi rekod 78 pingat emas yang dicatatkan pada Sukan 1966 di Bangkok.

Sukan bukan Olimpik seperti sepak takraw dan kabadi turut ditampilkan bersama-sama e-sukan.

Jepun menjadi tuan rumah temasya itu buat kali ketiga, selepas Tokyo pada 1958 dan Hiroshima pada 1994.

Kenaikan kos dan peningkatan dalam bilangan sukan dan atlet menimbulkan cabaran pada jawatankuasa penganjur tempatan sejak Aichi dan ibu kotanya, Nagoya, dinamakan sebagai tuan rumah 2026 sedekad lepas.

Harga yang melambung tinggi telah menyebabkan anggaran kos asal 100 bilion yen (US$637 juta) untuk Sukan Asia dan Sukan Para Asia digabungkan kepada lebih 370 bilion yen, dengan kerajaan menyediakan 13.6 bilion yen dalam bentuk subsidi setelah menggubal langkah khas.

-- BERNAMA-KYODO

 

 

Must Watch Video

Advertisement