Skip to main content

Dunia

Tunjuk isyarat seperti pistol, kemenangan Masalela dibatalkan meski pecah rekod kebangsaan

https://www.sinarharian.com.my/article/769156/berita/sukan/kemenangan-dibatalkan-selepas-pecah-rekod-kebangsaan
Kemenangan Tshepiso Masalela (tengah) dibatalkan gara-gara menunjukkan isyarat tangan menyerupai pistol dan dihalakan ke arah pelari Perancis, Azeddine Habz. - Foto Agensi/Sinar Harian

NASIB tidak menyebelahi atlet kelahiran Botswana, Tshepiso Masalela, selepas rekod kebangsaannya yang baru diciptanya dalam acara 1500 meter dalam dewan terpaksa dibatalkan.

Ia susulan kesalahan mempamerkan kelakuan tidak beretika dalam kejohanan Orlen Copernicus Cup yang berlangsung di Torun, Poland, baru-baru ini.

Advertisement

Dalam video yang tular, Masalela dilihat menunjukkan isyarat tangan menyerupai pistol kepada pelari dari Perancis, Azeddine Habs, ketika memasuki laluan lurus terakhir menuju ke garisan penamat.

Atlet berusia 26 tahun itu menamatkan larian dengan catatan 3.32.56s.

Namun pihak penganjur memutuskan ia melanggar peraturan TR 7.1 di bawah Persekutuan Olahraga Dunia World Athletics, berkaitan kelakuan tidak beretika sekali gus memberikan kemenangan kepada Azeddine.

 

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found