Skip to main content

Malaysia

Ab Ghani Presiden FAM baharu

KUALA LUMPUR, 17 Sept - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu Datuk Ab Ghani Hassan bercakap kepada media pada Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026 di PJ Hilton, Petaling Jaya hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ab Ghani (gambar) menewaskan Shahril yang hanya memperoleh lima undi. - Foto Bernama
Advertisement

PETALING JAYA: Presiden baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sah disandang oleh Datuk Ab Ghani Hassan yang memperoleh 20 undi daripada kesuluruhan 25 perwakilan dalam Kongres Luar Biasa Kedua FAM, di sini, pada Khamis.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Prof Datuk Abdullah Mohamad Said.

Ab Ghani yang akan menerajui FAM bagi baki penggal 2025-2029, menewaskan pencabar tunggal beliau iaitu Datuk Seri Shahril Mokhtar yang hanya memperoleh lima undi.

Ab Ghani sebelum ini menjawat jawatan Presiden Malaysian Football League (MFL) sejak Ogos 2021.

Selain itu, Naib Presiden 1 dipegang oleh Datuk Seri Rosmadi Ismail, manakala Naib Presiden 3 pula diberikan kepercayaan kepada Datuk Saaran Nadarajah

Sementara itu, Ab Ghani Hassan menyifatkan pelantikan beliau sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul.

Menurutnya, fokus awal harus diberikan kepada usaha memperkukuh tadbir urus serta memulihkan keyakinan terhadap badan induk bola sepak negara.

Mengulas sekiranya kerjaya beliau sebagai pemain bola sepak profesional pada era 1980-an bersama pasukan Negeri Sembilan akan memberikan kelebihan untuk mentadbir FAM, Ab Ghani berkata ia adalah untuk penilaian masing-masing.

"Saya bermula dari bawah, saya terlibat dalam pengurusan Negeri Sembilan, saya jadi Naib Presiden FAM satu penggal, jadi dari situ saya belajar. Saya mengenali dan mempunyai hubungan baik dengan kelab-kelab di negara kita.

"Insya-Allah mereka akan mudah untuk bekerjsama dengan kami bagi melakukan sesuatu untuk bola sepak negara ini.

"Jadi sama ada bekas pemain bola sepak boleh mentadbir dengan baik, mengurus dengan baik dan sebagainya, itu untuk kalian mbuat penilaian," jelasnya.

Must Watch Video

Advertisement