Skip to main content

Malaysia

Glasgow 2026: Cabaran Azizulhasni dalam acara pecut berakhir di suku akhir

GLASGOW, 1 Ogos -- Jaguh berbasikal lelaki negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat emas dalam perlumbaan akhir acara keirin lelaki di temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Sir Chris Hoy Velodrome hari ini._BERNAMA
Mohd Azizulhasni yang menduduki tempat kesembilan pada pusingan kelayakan dengan catatan masa 9.715 saat (s), tewas kepada pelumba Australia Leigh Hoffman dalam kedua-dua perlumbaan suku akhir. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

GLASGOW: Cabaran jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam acara pecut lelaki Sukan Komanwel Glasgow 2026 berakhir pada peringkat suku akhir yang berlangsung di Velodrom Sir Chris Hoy di sini hari ini.

Mohd Azizulhasni yang menduduki tempat kesembilan pada pusingan kelayakan dengan catatan masa 9.715 saat (s), tewas kepada pelumba Australia Leigh Hoffman dalam kedua-dua perlumbaan suku akhir.

Hoffman sebelum itu muncul pelumba terpantas pada pusingan kelayakan apabila mencatat rekod baharu temasya 9.361s.

Pada pusingan 1/8 akhir, Mohd Azizulhasni yang diberi julukan The Pocket Rocketman menewaskan pelumba England Joseph Truman untuk mengesahkan tempat ke kelompok lapan terbaik.

Seorang lagi wakil negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula terkandas pada pusingan 1/8 akhir selepas tewas kepada Daniel James Barber dari Australia.

Shah Firdaus sebelum itu menduduki tempat ke-10 pada pusingan kelayakan dengan catatan masa 9.805s.

Semalam, Mohd Azizulhasni mencipta sejarah tersendiri apabila menghadiahkan pingat emas ketujuh kepada kontinjen negara hasil kejayaan menjuarai acara keirin lelaki, sekali gus meraih emas pertamanya sepanjang penyertaan pada Sukan Komanwel.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement