Skip to main content

Malaysia

Harimau Malaya lonjak tiga anak tangga ke ranking 133 dunia

Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 133 dunia, naik 3 anak tangga berbanding 136 pada kemas kini terdahulu, 20 Julai 2026. - Foto Facebook FAM
Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 133 dunia, naik 3 anak tangga berbanding 136 pada kemas kini terdahulu, 20 Julai 2026. - Foto Facebook FAM

Advertisement

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya melonjak tiga anak tangga untuk menduduki ranking ke-133 dunia dalam kemas kini terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

Lonjakan itu hadir susulan keputusan positif diraih skuad kebangsaan pada Piala ASEAN FIFA baru-baru ini, dengan mencatat tiga kemenangan masing-masing ke atas Bangladesh 3-0, Singapura 6-0 dan Vietnam 1-0, selain seri tanpa jaringan menentang Indonesia.

Kedudukan terbaharu itu menyaksikan Malaysia memperbaiki ranking berbanding tangga ke-136 dunia pada kemas kini terdahulu, 20 Julai lepas.

Sementara itu, kedudukan tiga pasukan teratas dunia kekal tidak berubah dengan Sepanyol terus menerajui ranking, diikuti Argentina di tempat kedua dan Perancis ketiga.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Thailand kekal sebagai pasukan pada kedudukan tertinggi apabila naik satu anak tangga ke ranking ke-93 dunia, diikuti Vietnam (99) dan Indonesia (116).

Kemas kini ranking FIFA seterusnya dijadualkan pada 18 Nov depan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement