Skip to main content

Malaysia

Raja Muda Selangor sah tolak jawatan Presiden FAM

KUALA LUMPUR, Feb 15 -- The Raja Muda of Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, delivers a royal address at the launch of the book GEMILANG: Selangor Football History at Stadium Merdeka today.  --fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Tengku Amir hadir pada Majlis Pelancaran dan Jualan Buku Gemilang: Sejarah Perjalanan Bola Sepak Selangor yang diadakan di Stadium Merdeka, ibu negara hari ini. - Foto Bernama

PERKHABARAN semakin hangat melibatkan kekosongan portfolio Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan beberapa pendapat menyatakan kerabat diraja paling layak menyandang jawatan tersebut.

Ia, selepas Ahli Jawatakankuasa Eksekutif Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) sebulat suara meletakkan jawatan secara kolektif dan menunggu keputusan penilaian oleh pasukan pemantau dari Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum mengadakan kongres pemilihan.

Advertisement

Bagaimanapun, Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah tidak berminat bertanding kerusi panas tersebut.

"Tidak. Saya hanya berminat dengan pasukan Selangor.

"Kami ada pelbagai perkara mahu dicapai.

"Sebaiknya kita harus menambah baik mutu pengadilan.

"Bukan hanya terhad kepada pemain, malah ia melibatkan seluruh ekosistem bola sepak.

"Itu fokus saya sekarang. Tertumpu terhadap bola sepak Selangor," titah baginda.

Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) itu ditemui ketika menghadiri Majlis Pelancaran dan Jualan Buku Gemilang: Sejarah Perjalanan Bola Sepak Selangor yang diadakan di Stadium Merdeka, ibu negara hari ini yang bertujuan mengimbau kembali kisah perjuangan pasukan Selangor sehingga bergelar juara. -- Stadium Astro

 

Must Watch Video