Skip to main content

Sukan

Aichi-Nagoya 2026: Skuad badminton lelaki singkir Mongolia, Indonesia menanti pada suku akhir

KUALA LUMPUR, 6 Jan -- Pemain lelaki negara Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menentang beregu Denmark Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 di Stadium Axiata Arena hari ini.  Pasangan negara menewaskan pasangan Denmark 21-15, 21-13.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani (gambar) bermain cukup meyakinkan untuk menewaskan gandingan Bishrelt-Erdene Odbayar-Battugs Bayarsaikhan dari Mongolia. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

AICHI: Malaysia membuka langkah bergaya dalam acara badminton berpasukan lelaki Sukan Asia Aichi–Nagoya 2026 apabila mudah menewaskan Mongolia 3-0 pada pusingan pertama di Ichinomiya City Municipal Gymnasium, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan skuad negara mara ke suku akhir untuk berdepan cabaran lebih getir menentang pilihan utama kejohanan, Indonesia, esok.

Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, terlebih dahulu menyumbang mata pembukaan buat Malaysia selepas menundukkan Batdavaa Munkhbat 21-13, 21-12.

Gandingan beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani kemudian menggandakan kelebihan negara dengan kemenangan cukup meyakinkan 21-5, 21-5 menentang Bishrelt-Erdene Odbayar-Battugs Bayarsaikhan.

Justin Hoh akhirnya melengkapkan kemenangan 3-0 Malaysia apabila menewaskan Gerelsukh Jargalsaikhan 21-7, 21-5 dalam aksi perseorangan kedua.

Pertembungan menentang Indonesia dijangka menjadi medan sebenar buat Malaysia menguji kemampuan selepas membuka kempen dengan aksi dominan terhadap Mongolia.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan Rexy Mainaky berkata aksi menentang Mongolia penting bagi pemain mendapatkan gambaran awal tentang keadaan gelanggang sebelum menghadapi Indonesia pada suku akhir.

“Kita harapkan menerusi perlawanan dengan Mongolia, sekurang-kurangnya kita sudah cuba keadaan venue ini. Semoga pemain boleh ambil pengalaman ini sebagai satu kelebihan,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata skuad negara tidak seharusnya terlalu memikirkan status Indonesia sebagai pilihan utama, sebaliknya perlu memberikan tumpuan pada kesemua lima perlawanan yang bakal berlangsung nanti.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement