Skip to main content

Sukan

B-17 ASEAN: Api perjuangan masih bernyala! Skuad negara tundukkan Indonesia

Keputusan Masa Penuh Kumpulan A • Kejuaraan B-17 ASEAN 2026 | Khamis, 16 April 2026 MALAYSIA 🇲🇾 1-0 🇮🇩 INDONESIA ⚽️ Fareez Danial Fadzly 33'
Skuad B-16 negara menewaskan Indonesia 1-0 malam tadi, menghidupkan peluang ke separuh akhir Kejohanan ASEAN B-17. - Foto FAM

INDONESIA 0 MALAYSIA 1

Skuad B-16 negara kembali menghidupkan peluang ke separuh akhir Kejohanan ASEAN B-17 dengan menewaskan Indonesia 1-0 malam tadi.

Advertisement

Jaringan tunggal Fareez Danial Fadzly pada minit ke-33 suduh cukup untuk memisahkan anak buah Shukor Adan dengan tuan rumah dalam pertemuan di i Gelora Joko Samudro.

Kemenangan ini secara tidak langsung meredakan kritikan ke atas skuad remaja kebangsaan itu setelah dibelasah 0-4 dalam aksi pembukaan Kumpulan A dengan Vietnam, pada Selasa.

Malaysia selaku juara dua kali perlu menang ke atas Timor-Leste, Ahad ini, bagi meneruskan cabaran ke separuh akhir.


 

Must Watch Video