SYDNEY: Bekas jurulatih Brazil Carlos Alberto Parreira dimasukkan ke Hospital Samaritano di Rio de Janeiro, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik kenyataan pihak hospital pada Rabu tanpa memberikan butiran lanjut.
Parreira didiagnosis menghidap limfoma Hodgkin pada 2023, sejenis kanser yang bermula dalam sistem limfa.
Penyakit itu pernah berada dalam keadaan terkawal, namun kemudian kembali menyerang.
Parreira dianggap antara jurulatih paling berjaya dalam sejarah bola sepak Brazil selepas membimbing pasukan kebangsaan negara itu menjulang gelaran Piala Dunia keempat di Amerika Syarikat pada 1994.
-- BERNAMA-dpa