Skip to main content

Sukan

Bekas pemandu F1, atlet paralimpik Zanardi meninggal dunia pada usia 59 tahun

FILE PHOTO: 2016 Rio Paralympics - Cycling Road - Final - Mixed Team Relay H2-5 - Pontal - Rio de Janeiro, Brazil - 16/09/2016. Alessandro Zanardi of Italy reacts. REUTERS/Ricardo Moraes FOR EDITORIAL USE ONLY. NOT FOR SALE FOR MARKETING OR ADVERTISING CAMPAIGNS./File Photo
Keluarganya memaklumkan Zanardi meninggal dunia secara mengejut pada Jumaat malam. - Foto REUTERS

ROM: Bekas pemandu Formula Satu (F1) dan atlet Paralimpik Alessandro “Alex” Zanardi meninggal dunia pada usia 59 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik kenyataan keluarganya pada Sabtu.

Atlet Itali itu kehilangan kedua-dua kakinya dalam kemalangan perlumbaan kereta di Litar Lausitzring di Jerman pada 2001.

Advertisement

Beliau kemudian beralih kepada sukan lumba basikal para dan memenangi empat pingat emas serta dua pingat perak dalam acara "hand-cycling" di Sukan Paralimpik.

Zanardi bertanding dalam lebih 40 perlumbaan F1 antara 1991 hingga 1999. Beliau pernah berlumba untuk pasukan Lotus dan Williams antaranya, dan pernah menjadi rakan sepasukan Ralf Schumacher.

Beliau kemudian meraih kejayaan dalam sukan berbasikal pada Sukan Paralimpik 2012 di London dan Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro.

Keluarganya tidak memberikan butiran lanjut mengenai punca kematian. Mereka memaklumkan Zanardi meninggal dunia secara mengejut pada Jumaat malam.

Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni turut memberi penghormatan kepada Zanardi sebagai seorang “lelaki luar biasa yang mampu menjadikan setiap ujian dalam hidup sebagai pengajaran tentang keberanian, kekuatan dan maruah.

“Melalui pencapaian sukan, teladan dan kemanusiaannya, beliau memberikan kepada kita semua lebih daripada sekadar kemenangan: beliau memberi harapan, kebanggaan dan kekuatan untuk tidak pernah berputus asa.”

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video