NEW YORK: Trofi Piala Dunia akan dibawa pada perlawanan akhir Ahad ini dalam kotak khas yang direka oleh jenama barangan mewah Louis Vuitton, menurut badan induk bola sepak dunia, FIFA.
Firma dari Perancis itu akan "mempersembahkan kotak trofi rasmi yang ditempah khas bagi membawa dan mempamerkan trofi paling ikonik dalam dunia sukan" pada final di New Jersey, menurut FIFA dalam satu kenyataan pada Selasa menjelang perlawanan separuh akhir pertama antara Perancis dan Sepanyol.
Pengumuman itu bagaimanapun segera mengundang kritikan dalam talian daripada penyokong yang berpendapat Piala Dunia kini semakin dikomersialkan.
Bagaimanapun, menurut FIFA, Louis Vuitton sebelum ini turut menyediakan kotak trofi bagi kejohanan Piala Dunia pada 2010, 2014, 2018 dan 2022.
Presiden FIFA Gianni Infantino berkata Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menyampaikan trofi itu pada final Ahad ini. England akan menentang Argentina dalam satu lagi aksi separuh akhir pada Rabu.
-- BERNAMA-dpa