Skip to main content

Sukan

Hoki remaja lelaki: Malaysia layak ke Piala Dunia 2027

Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan
Skuad hoki remaja lelaki Malaysia akan meneruskan cabaran di separuh akhir bertemu India pada Jumaat ini. - Foto Asian Hockey Federation
Advertisement

SKUAD hoki remaja lelaki negara secara rasmi melayakkan diri ke saingan Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja FIH 2027 secara merit.

Perkara itu selepas kejayaan skuad Young Tigers menewaskan China 1-0 dalam saingan Pool B, perlawanan keempat, Piala Asia Remaja 2026 di Moqi, China, semalam.

Gol tunggal Malaysia hasil jaringan penyerang negara, Muhammad Safwan Salihe, hadir pada minit kelapan.

Malaysia akan meneruskan cabaran di separuh akhir bertemu India pada Jumaat ini.

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement