Skip to main content

Sukan

Juara bertahan Tang Jie-Ee Wei tarik diri Kejohanan Dunia BWF 2026

51681573017_TangJieEeWei.jpg
Toh Ee Wei (kanan) masih menjalani proses pemulihan susulan pembedahan lutut selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) pada lutut kiri. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Juara bertahan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menarik diri daripada Kejohanan Badminton Dunia BWF 2026 yang dijadual berlangsung di New Delhi, India, dari 17 hingga 23 Ogos ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Ee Wei masih menjalani proses pemulihan susulan pembedahan lutut selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) pada lutut kiri ketika aksi suku akhir Terbuka Singapura 2026 pada Mei lepas.

Ee Wei menjalani pembedahan di Australia pada 30 Jun lepas.

"Keputusan itu dibuat berdasarkan nasihat perubatan, dengan keutamaan diberikan kepada pemulihan jangka panjang Ee Wei," menurut kenyataan itu.

BAM turut memaklumkan pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi melindungi kedudukan ranking dunia Ee Wei sepanjang beliau menjalani proses rehabilitasi.

Tang Jie-Ee Wei mencipta sejarah di Paris tahun lepas apabila muncul beregu campuran pertama Malaysia yang muncul juara dunia.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement