LIMA perlawanan - satu seri dan empat kekalahan.
Kelab LaLiga Valencia CF berdepan tekanan menggunung ekoran permulaan kurang memberangsangkan menyebabkan jurulatih dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dipecat serta merta.
Prestasi buruk Valencia menyaksikan mereka mengutip satu mata daripada lima perlawanan, sekali gus meletakkan mereka di kedudukan tercorot LaLiga.
Desakan penyokong ke atas pengurus, Carlos Corberan, dan CEO, Ron Gourlay, mengakibatkan kelab terpaksa mengambil keputusan drastik untuk menamatkan perkhidmatan mereka.
Corberan dilantik pada Disember 2024 dan berjaya menyelamatkan kelab daripada penyingkiran dengan menamatkan saingan di tempat ke-12.
Pada musim lalu, Valencia menamatkan saingan di tempat kesembilan, namun gaya permainan pengurus itu mendapat kritikan di Mestalla.
Malah, dalam perlawanan di laman sendiri baru-baru ini, kedengaran laungan 'Corberan keluar sekarang' menghangatkan suasana.
Secara keseluruhan, dia mengendalikan 72 perlawanan, dengan rekod 28 kemenangan dan 26 kekalahan.
Valencia turut menamatkan kontrak empat kakitangan yang bekerja di bawah Gourlay, serta barisan kejurulatihan Corberan.
π¨πͺπΈ ππ π πππππ | Valencia have SACKED Carlos Corberan! πβ
Decision made after going winless in the first 5 matches of the season. π» pic.twitter.com/WdamtViFSzβ EuroFoot (@eurofootcom) September 13, 2026