Skip to main content
Advertisement

Sukan

Piala ASEAN FIFA: Indonesia tundukkan Singapura 2-0

IFA ASEAN CUP 2026 | DIVISION 1 - Group A FT: Indonesia 🇮🇩 2️⃣ - 0️⃣ 🇸🇬 Singapore  _FB ASEAN FOOTBALL
Indonesia kini menghuni tangga kedua dengan tiga mata, sama seperti Malaysia, namun dipisahkan menerusi perbezaan gol. - Foto Facebook/ASEAN Football
Advertisement

JAKARTA: Indonesia membuka kempen Piala ASEAN  FIFA 2026 dengan langkah kanan selepas menewaskan Singapura 2-0 dalam aksi Divisyen 1 Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) di sini malam tadi.

Ragnar Oratmangoen membuka jaringan skuad Garuda pada minit ke-13 sebelum Ole Romeny menyempurnakan kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-74.

Singapura terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Safuwan Baharudin dilayangkan kad merah pada minit ke-70, sebelum tuan rumah memanfaatkan kelebihan itu untuk menggandakan jaringan empat minit kemudian.

Kemenangan berkenaan bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Malaysia di tangga teratas Kumpulan A apabila skuad Harimau Malaya turut mengutip tiga mata selepas membelasah Bangladesh 3-0 dalam aksi pembukaan di venue sama petang semalam.

Indonesia kini menghuni tangga kedua dengan tiga mata, sama seperti Malaysia, namun dipisahkan menerusi perbezaan gol.

Malaysia dijadual berdepan Indonesia dalam aksi kedua peringkat kumpulan di venue sama Isnin ini.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement