Skip to main content

Sukan

Piala Dunia: Ronaldo, Ramos bantu Portugal benam Croatia, Sepanyol menanti

Ronaldo meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukan ketika perlawanan antara Portugal dan Croatia di Toronto Stadium, Toronto, Kanada, 2 Julai 2026. REUTERS
Ronaldo meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukan ketika perlawanan antara Portugal dan Croatia di Toronto Stadium, Toronto, Kanada, 2 Julai 2026. REUTERS

Advertisement

JARINGAN minit akhir Goncalo Ramos dalam masa kecederaan memacu Portugal menewaskan Croatia 2-1 dalam saingan kalah mati, Piala Dunia 2026 di Stadium Toronto, sebentar tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan meskipun beberapa peluang terhidang sebelum masuk ke bilik persalinan.

Croatia hanya memerlukan lapan minit selepas separuh masa kedua bermula untuk membuka tirai jaringan menerusi rembatan deras Ivan Parisic untuk meletakkan skuad Vatreni mendahului 1-0.

Ronaldo berpeluang menyamakan kedudukan lebih awal, namun jaringannya dinafikan susulan berada dalam posisi ofsaid.

Portugal kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-68 untuk kedudukan terikat 1-1 hasil penyudah tajam Ronaldo yang mudah menewaskan Dominik Livakovic.

 

 

Ketika kedua-dua pasukan makin hampir menyambung permainan dalam masa tambahan, tandukan pemain gantian, Ramos, memecahkan kebuntuan untuk meletakkan Portugal mendahului Croatia 2-1 sekali gus mara ke pusingan 16 terbaik.

Meskipun Croatia berjaya menambah jaringan minit akhir namun dinafikan VAR susulan dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Portugal dijadualkan berdepan Sepanyol dalam pusingan seterusnya.
 

Must Watch Video

Advertisement