Skip to main content

Sukan

Rachel tersingkir di suku akhir Qatar Classic 2026

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) --Pemain skuasy wanita negara Rachel Arnold menamatkan cabaran pada Qatar Classic 2026 selepas tewas kepada pemain England Jasmine Hutton pada aksi suku akhir di Doha, Qatar hari ini.
Kekalahan itu merupakan yang pertama buat Rachel kepada Hutton selepas memenangi dua pertemuan terdahulu antara mereka. - Foto BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara Rachel Arnold menamatkan cabaran pada Qatar Classic 2026 selepas tewas kepada pemain England Jasmine Hutton pada aksi suku akhir di Doha, Qatar semalam.

Rachel yang menghuni ranking ke-25 dunia memberikan tentangan selama 36 minit sebelum akur 9-11, 6-11, 11-7, 4-11 pada kejohanan berprestij itu.

Kekalahan itu merupakan yang pertama buat Rachel kepada Hutton selepas memenangi dua pertemuan terdahulu antara mereka.

Dua kemenangan berkenaan diraih Rachel pada Paris Squash 2023 dan Optasia Championships 2026.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement