Skip to main content

Sukan

Sabah Kids FC julang trofi Borneo Cup 2026, lengkap kejuaraan domestik ke-10 berturut-turut

Sabah Kids FC dalam kenyataan menyifatkan kejayaan pasukan itu dalam Borneo Cup 2026 sebagai sebahagian daripada usaha lebih besar untuk membangunkan bakat bola sepak muda di Sabah. -Foto Sabah Kids FC
Sabah Kids FC dalam kenyataan menyifatkan kejayaan pasukan itu dalam Borneo Cup 2026 sebagai sebahagian daripada usaha lebih besar untuk membangunkan bakat bola sepak muda di Sabah. -Foto Sabah Kids FC

Advertisement

Ringkasan AI

  • Sabah Kids FC menjuarai Malaysia Borneo Football Cup 2026 kategori Bawah 12 Tahun selepas menewaskan MMT JR 2-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
  • Kejayaan ini merupakan kejuaraan sulung Sabah Kids FC dalam Borneo Cup dan melengkapkan rekod kejuaraan domestik ke-10 berturut-turut pasukan itu.
  • Sabah Kids FC komited membangunkan bakat bola sepak muda di Sabah melalui penyertaan kejohanan kompetitif dan program pembangunan berteraskan prinsip Play, Compete, Grow.

KUALA LUMPUR: Sabah Kids Football Club (Sabah Kids FC) melakar sejarah apabila muncul juara Malaysia Borneo Football Cup 2026 kategori Bawah 12 Tahun (U12) selepas menewaskan MMT JR 2-0 pada aksi final di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Khamis.

Kejayaan itu cukup bermakna buat Sabah Kids FC apabila ia merupakan kejuaraan sulung pasukan dalam saingan Borneo Cup, sekali gus melengkapkan rekod kejuaraan domestik ke-10 berturut-turut.

Dalam perlawanan yang bermula 1 petang itu, Sabah Kids FC tidak mengambil masa lama untuk membuka jaringan apabila Dzul Thaqif Hanzalah Khairil Anuar meletakkan pasukan di hadapan pada minit ketiga.

Jaringan itu terhasil menerusi lorongan Thomas Herry sebelum Thaqif menyudahkan peluang untuk memberikan Sabah Kids FC kelebihan 1-0.

MMT JR kemudian terus memberikan tentangan bagi mencari gol penyamaan, namun Sabah Kids FC berjaya mengekalkan kelebihan sehingga tamat separuh masa pertama.

Image
[TB]_Borneo Cup, Sabah Kids FC 3_Sabah Kids FC
Foto: Sabah Kids FC

Memasuki babak kedua, Sabah Kids FC terus meningkatkan tekanan dan berjaya menggandakan kelebihan pada minit ke-30 menerusi Muhammad Adi Mirza Mazhair Shahroz.

Mirza melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol MMT JR untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat, sekali gus mengesahkan Sabah Kids FC sebagai juara Malaysia Borneo Football Cup 2026 kategori U12.

Sementara itu, Sabah Kids FC dalam kenyataan menyifatkan kejayaan pasukan itu dalam Borneo Cup 2026 sebagai sebahagian daripada usaha lebih besar untuk membangunkan bakat bola sepak muda di Sabah.

Image
[TB]_Borneo Cup, Sabah Kids FC 1_Sabah Kids FC
Foto: Sabah Kids FC

Menurut kelab bola sepak itu, menerusi penyertaan dalam kejohanan kompetitif, pemain diberikan ruang untuk belajar daripada setiap perlawanan, membina keyakinan, memahami kepentingan kerja berpasukan serta mengendalikan tekanan pertandingan.

"Berteraskan prinsip Play, Compete, Grow, kelab itu komited untuk terus menyediakan peluang kepada pemain muda agar berkembang bukan sahaja sebagai pemain bola sepak, malah sebagai individu yang mempunyai disiplin, keyakinan dan karakter positif.

"Kejayaan itu diharap dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak di Sabah untuk menceburi bidang bola sepak dan terus mengejar impian dalam sukan berkenaan," kata Sabah Kids FC.

Sabah Kids FC diketuai Pengurus Pasukan Mazhair Shahroz Muhasip; Ketua Jurulatih Musa Abdul Rahman; serta dua Pembantu Jurulatih, Zubair Shuhaime serta Shahrizal Wahamin.

Barisan kejurulatihan berperanan menyediakan pemain dari aspek teknikal, taktikal, disiplin dan persediaan pertandingan sepanjang kempen kejohanan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Siapakah juara Malaysia Borneo Football Cup 2026 kategori Bawah 12 Tahun (U12)? 
    A: Juara Malaysia Borneo Football Cup 2026 kategori Bawah 12 Tahun (U12) ialah Sabah Kids Football Club (Sabah Kids FC).
  • Q: Berapakah keputusan perlawanan akhir antara Sabah Kids FC dan MMT JR? 
    A: Sabah Kids FC menewaskan MMT JR dengan keputusan 2-0 pada perlawanan akhir.
  • Q: Siapakah penjaring gol untuk Sabah Kids FC dalam perlawanan akhir tersebut? 
    A: Dzul Thaqif Hanzalah Khairil Anuar menjaringkan gol pertama pada minit ketiga, manakala Muhammad Adi Mirza Mazhair Shahroz menjaringkan gol kedua pada minit ke-30.
  • Q: Apakah makna kejayaan ini bagi Sabah Kids FC? 
    A: Kejayaan ini merupakan kejuaraan sulung Sabah Kids FC dalam Borneo Cup dan melengkapkan rekod kejuaraan domestik ke-10 berturut-turut pasukan itu.
  • Q: Siapakah barisan kejurulatihan Sabah Kids FC untuk kejohanan ini? 
    A: Barisan kejurulatihan Sabah Kids FC terdiri daripada Pengurus Pasukan Mazhair Shahroz Muhasip, Ketua Jurulatih Musa Abdul Rahman, serta dua Pembantu Jurulatih, Zubair Shuhaime dan Shahrizal Wahamin.

Product Recommendation Section Title

adidas Football Manchester United 25/26 Home Jersey Men Red JI7428

adidas Football Manchester United 25/26 Home Jersey Men Red JI7428

adidas Liverpool FC 25/26 Home Jersey

adidas Liverpool FC 25/26 Home Jersey

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

AC Milan 25/26 Home Jersey

AC Milan 25/26 Home Jersey

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

Must Watch Video

Advertisement