PRESIDEN Persekutuan E-sukan Malaysia (MESF), sedang memantau atlet sebelum terpilih mewakili negara menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 beberapa bulan lagi.
Presidennya, Muhammad Naim Al-Amin, menyifatkan cabaran berbeza kali ini apabila setiap pasukan perlu menghadapi kelayakan terlebih dahulu untuk setiap acara permainan yang dipertandingkan.
Advertisement
Ini apabila 11 acara permainan secara keseluruhan dipertandingkan, Malaysia telah mengesahkan kelayakan menerusi dua sukan sahaja iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan juga Honor of Kings (HOK).
"Berikutan fasiliti yang terhad, terdapat proses kelayakan terlebih dahulu bermula April ini.
"Kami telah mengenal pasti atlet yang diletakkan dalam senarai panjang," katanya.
Sementara itu, Naim juga menyifatkan dengan penganjuran Sukan SEA 2027, ia memberi satu impak positif kepada arena e-sukan negara dan juga persiapan barisan skuad Malaysia ke Sukan Asia 2026, dengan cadangan 11 acara permainan yang dipertandingkan itu juga mahu disenaraikan dalam temasya dwitahunan itu akan datang.
"Ia mewujudkan ekosistem pembangunan yang bagus.
"Permainan e-sukan yang tidak pernah wujud atau kurang mendapat sambutan di Malaysia, pihak 'publisher' perlu mewujudkan pembangunan jika mahu terlibat," tambahnya.
- Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com