TOKYO: Berikut adalah 10 atlet yang dikatakan bakal mencuri tumpuan penonton Olimpik Tokyo yang berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos, lapor Agensi Berita Xinhua.
1. Olahraga: Allyson Felix (Amerika Syarikat)
Allyson,35, beraksi untuk pentas Olimpik kelima dan terakhir buat dirinya. Pelari pecut wanita Amerika untuk kategori 400m dan 4x400m ini sudah mengumpul enam pingat emas Olimpik dan tiga perak setakat ini.
2. Badminton: Kento Momota (Jepun)
Kento Momota, pemain nombor satu dunia ini akan membuat penampilan sulung di gelanggang Olimpik di negara kelahirannya. Berusia 26 tahun, beliau memegang 11 rekod juara perseorangan lelaki dalam satu musim pada 2019.
3. Gimnastik: Simone Biles (Amerika Syarikat)
Dengan empat pingat emas Olimpik dan satu gangsa yang diraih sebelum ini, Biles,24, berharap dapat meninggalkan legasi sebagai atlet wanita paling dominan. Beliau memburu kilauan emas dan berazam untuk mengatasi pencapaiannya di Rio yang sekadar merangkul gangsa.
4. Tenis: Novak Djokovic (Serbia)
Baru meraih gelaran Grand Slam ke-20, pastinya Novak Djokovic mahu terus melakar kejayaan dengan memperoleh emas Olimpik pertamanya. Pada tiga temasya yang lalu, pemain Serbia itu memenangi gangsa pada 2008. Kelibat pemain berusia 34 tahun itu pastinya mencuri tumpuan berikutan ketiadaan Roger Federer dan Rafael Nadal serta juara bertahan Andy Murray yang mengalami kecederaan.
5. Pingpong: Fan Zhendong (China)
Pemain rangking pertama dunia ini akan membuktikan kehebatannya di Olimpik Tokyo. Beliau menjadi harapan kontinjen China untuk pungutan pingat bagi acara perseorangan dan berpasukan lelaki.
6. Bola keranjang: Kevin Durant (Amerika Syarikat)
Kevin Durant,32, akan meneruskan tradisi untuk mendapatkan satu lagi pingat emas Olimpik.Namun, tugas getir menanti memandangkan pasukan ini hanya mempunyai tiga pemain yang mempunyai pengalaman bertanding di Olimpik.
7. Bola Sepak: Marta (Brazil)
Aksi pemain bola sepak wanita Marta, 35, kali ini mungkin yang terakhir dan sudah tentu mahu meninggalkan kenangan manis dengan membantu pasukannya meraih emas. Penampilan pada OlimpikMusim Panas 2004 dan 2008, pemain veteran ini merangkul pingat perak.
8. Bola Tampar: Zhu Ting (China)
Atlet hebat ini pernah memimpin pasukan China memenangi emas Olimpik pada 2016. Antara pembawa bendera China pada upacara pembukaan Olimpik Tokyo, pemain berusia 26 tahun itu bertekad untuk mengekalkan gelarannya.
9. Renang: Katie Ledecky (Amerika Syarikat)
Katie Ledecky, 24, memburu pingat emas olimpik yang keenam. Atlet wanita ini memegang rekod Olimpik untuk gaya bebas 400m dan 800m selain rekod dunia gaya bebas 1500m.
10. Terjun: Shi Tingmao (China)
Atlet berusia 29 tahun ini memenangi pingat emas acara individu dan papan anjal tiga meter di Olimpik Rio. Shi juga dinobatkan sebagai Penerjun Wanita Terbaik tahun Ini oleh FINA, lima tahun berturut-turut dari 2015 hingga 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 24 2021
Dari kiri, Simone Biles, Allyson Felix dan Kento Momota. - Foto AP/REUTERS
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Djokovic derma kemenangan emas Olimpik buat misi kemanusiaan
Juara Grand Slam 24 kali itu jelas beremosi selepas memastikan kemenangan untuk negaranya dengan kemenangan 7-6 7-6 ke atas pesaingnya.
Djokovic, Alcaraz berentap di pentas final tenis Olimpik 2024
Djokovic menewaskan pemain Itali, Lorenzo Musetti, manakala Alcaraz menyingkirkan pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime.
Olimpik Paris 2024: Impian Nadal berakhir selepas kekalahan teruk kepada Djokovic
Rafael Nadal terpaksa melupakan impian untuk menambah koleksi pingat di Sukan Olimpik selepas tewas kepada Novak Djokovic 6-1, 6-4.
Sensasi Alcaraz pertahan gelaran Wimbledon
Di sebalik kemenangan 6-2, 6-2, 7-6(4), Alcaraz tetap percaya lawan dari Serbia itu kekal sebagai 'Superman' dalam arena tenis dunia.
Djokovic tewas peringkat separuh akhir Tenis Terbuka Australia
Novak Djokovic tumpas kepada pemain Itali Jannik Sinner di peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka Australia.
Tenis Terbuka Australia: Djokovic berang provokasi 'sang pengecut'!
Djokovic sedikit terusik dengan kata-kata nista yang seakan cuba untuk merapuhkan semangat berkobar-kobar juara 10 kali kejohanan itu.
Piala Davis: Jannik Sinner bantu Itali julang kejuaraan pertama sejak 1976
Pemain nombor empat dunia itu menewaskan Djokovic dan kemudiannya Alex De Minaur pada hari Ahad untuk meraih kemenangan 2-0.
Djokovic menang jelajah akhir ATP ketujuh di Itali
Novak Djokovic memenangi kejuaraan Jelajah Akhir ATP ketujuhnya dengan penuh bergaya, menewaskan pemain tuan rumah Jannik Sinner.
Sensasi gelaran Grand Slam ke-24 Djokovic
Pemain Serbia itu menewaskan Daniil Medvedev 6-3, 7-6 (7/5), 6-3.
Tenis Terbuka AS: Daniil Medvedev kejutkan Carlos Alcaraz untuk ke final
Daniil Medvedev mencipta kejutan dalam Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat apabila menumbangkan juara bertahan Carlos Alcaraz.