awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

111, 'good numbers' untuk saya! - The Pocket Rocketman

Gempak
Gempak
28/08/2017
16:41 MYT
111, 'good numbers' untuk saya! - The Pocket Rocketman
Teruja dengan kemenangannya, The Pocket Rocketman atau Azizulhasni Awang berkata menyumbang pingat emas ke-111 merupakan sejarah buat dirinya. -
Syabas The Pocket Rocket Man yang telah dinobatkan sebagai pemenang ke 111 pingat emas untuk kontinjen negara dalam Sukan SEA 29 Kuala Lumpur (KL2017) menerusi acara basikal trek pecut individu, pada malam Isnin. Teruja dengan kemenangannya, The Pocket Rocketman atau Azizulhasni Awang berkata menyumbang pingat emas ke-111 merupakan sejarah buat dirinya. “Untuk meraih pingat emas, di hadapan penonton tuan rumah, di negara sendiri merupakan pencapaian yang tidak dapat saya lupakan. “Apatah lagi saya merupakan pemenang pingat emas ke 111 dan saya rasa ini adalah nombor bertuah buat diri saya,” katanya. Tambah juara Keirin Dunia 2017 ini lagi, pencapaiannya kali ini adalah yang terbaik kerana pingat emas yang dimenangi pada malam ini adalah yang pertama sepanjang penglibatannya di Sukan SEA.
Tahniah Azizulhasni Awang!! Kemenangan pingat emas nombor 111 untuk kontinjen negara menerusi acara pecut individu lelaki! #kitasamahero #ayuhmalaysiaku #AstroArena | @azizulawangofficial
A post shared by Astro Arena 801 & 802HD (@astroarenahd) on
Aug 28, 2017 at 7:49am PDT
“Pingat emas individu sukan SEA dan di laman sendiri satu pencapaian terbaik buat diri saya tambahan lagi ini merupakan ‘SEA Games’ terakhir saya. “Siapa tahu selepas ini saya menang pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo pula,” ujarnya teruja. Terdahulu pingat emas ke-110 disumbangkan oleh Fatehah Mustafa menerusi acara Basikal Trek, Pecut Individu kategori Wanita. Acara trek membuka tirainya malam ini menerusi acara omnium wanita, pecut berpasukan lelaki/wanita dan scratch lelaki. Keseluruhan 13 pingat ditawarkan pada acara trek di Velodrom Nasional, Nilai.
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Kuala Lumpur
#SEA Games
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan