KUALA LUMPUR:Sejumlah 124 peserta terdiri daripada pemain remaja dan senior akan mengambil bahagian di dalam Kejohanan Pasukan Campuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Kejohanan di dalam negara itu akan bermula esok sehingga Rabu ini di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukity Kiara, di sini merupakan sebahagian daripada rancangan bagi memastikan semua pemain berada di tahap optimum.
Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann berkata pertandingan ini akan mengikuti format sama seperti Piala Sudirman dengan 11 perlawanan berlangsung melibatkan perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita, beregu campuran dan acara tiga berpasukan lelaki dan wanita.
"Mereka akan dibahagikan kepada empat pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 31 pemain senior dan remaja. Kami memberi peluang ini kepada pemain muda untuk berhadapan senior dengan harapan mereka boleh menimba pengalaman dan memberikan motivasi kepada mereka untuk berusaha dengan lebih keras.
Gabungan pasukan terdiri daripada pemain senior dan remaja adalah bertujuan untuk memberikan semua pemain peluang untuk merasai suasana pertandingan berikutan ketiadaan kejohanan sebenar buat masa ini," kata Wong dalam satu kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata pada masa yang sama juga BAM mahu membina semangat berpasukan dan membentuk kerjasama dalam kalangan pemain di bawah kendaliannya.
Wong berkata pertandingan ini tidak menyasarkan untuk mempersiapkan mana-mana pemain untuk kejohanan antarabangsa pertama yang dijadualkan berlangsung pada Januari tahun depan.
Beliau percaya menerusi program latihan ini dan kejohanan antarabangsa yang dirancang oleh panel jurulatih dan pengurusan BAM pada masa ini, akan memastikan setiap pemain berada pada tahap persediaan yang sama.
"Kami tidak bimbang mengenai mempersiapkan pemain sebelum kejohanan itu pada Januari 2021 kerana kami perlu bersedia walau apapun terjadi. Tiada yang perlu dirisaukan tentang keadaan semasa jika tumpuan diberikan sepenuhnya sepanjang sesi latihan, hasilnya hampir sama semasa kejohanan," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 22 2020
Menerusi program latihan ini dan kejohanan antarabangsa yang dirancang pada masa ini, BAM akan pastikan setiap pemain berada pada tahap persediaan yang sama. - Gambar hiasan/BAM
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.