awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

143 peserta program Road to Tokyo negatif COVID-19

Bernama
Bernama
11/06/2020
22:03 MYT
143 peserta program Road to Tokyo negatif COVID-19
Program RTT melibatkan 143 peserta terdiri daripada atlet, jurulatih, atlet 'rakan pelatih', pengurus sukan, anggota sokongan serta pegawai khidmat sokongan sains dan perubatan sukan.
Keseluruhan 143 peserta di bawah program 'Road to Tokyo' (RTT) di Pusat Latihan Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, disahkan negatif jangkitan COVID-19.
Ia selepas baki 11 daripada 143 peserta yang masih menunggu keputusan ujian swab COVID-19 itu disahkan bebas daripada penyakit berjangkit berkenaan.
Perkembangan positif itu diumumkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail dalam kenyataan MSN.
"Berdasarkan keputusan yang telah diperoleh daripada makmal perubatan BP Healthcare pada hari ini, sukacita dimaklumkan bahawa keputusan untuk ujian COVID-19 bagi 11 peserta itu adalah negatif.
"Kesemua 11 peserta akan memulakan sesi latihan pada 12 Jun 2020," menurutnya dalam kenyataan itu.
Di bawah program RTT, seramai 143 peserta terdiri daripada atlet, jurulatih, atlet 'rakan pelatih', pengurus sukan, anggota sokongan serta pegawai khidmat sokongan sains dan perubatan sukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Shapawi Ismail
#Bukit Jalil
#COVID-19
#Majlis Sukan Negara
#Road to Tokyo
#RTT
#sukan
#ujian swab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan