TOKYO: Sebanyak 162 delegasi menyertai upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo di Stadium Olimpik pada Selasa malam, menurut pihak penganjur.
Tokyo 2020 dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah perwakilan kali ini melebihi penyertaan pada Olimpik Rio 2016, iaitu sebanyak 159, lapor Xinhua.
Pasukan Paralimpik Pelarian mengambil bahagian buat kali kedua, manakala lima lagi negara membuat penampilan sulung iaitu Bhutan, Grenada, Maldives, Paraguay, St Vincent serta Grenadines.
Paralimpik London 2012 mengekalkan rekod penyertaan tertinggi setakat ini iaitu 164 delegasi.
BACA: Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api
Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Andrew Parsons berpuas hati dengan maklum balas positif mengenai kejohanan itu yang diadakan di tengah-tengah pandemik COVID-19.
"Saya mengalu-alukan penyertaan 162 delegasi di Tokyo. Pujian wajar diberikan kepada Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC) masing-masing yang bertungkus lumus mempersiapkan atlet mereka," katanya.
Sementara itu, 21 negara dan wilayah tidak dapat bertanding kali ini disebabkan isu perjalanan dan beberapa masalah lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021
Atlet powerlifting paralimpik negara Bonnie Bunyau Gustin dan atlet olahraga paralimpik negara Siti Nooriasah Mohamad Ariffin membawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik malam tadi. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Bonnie Bunyau antara atlet Paralimpik terbaik dunia 2021
Pencapaian luar biasa buat atlet para negara Bonnie Bunyau Gustin pada 2021 ini.
Sukan Paralimpik Tokyo: Bukti lemah hampir pasti tidak memihak Ziyad Zolkefli
Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dalaman, Tan Sri Borhan Dolah, memberi gambaran sukar dalam proses menganalisis bahan bukti itu.
Berhentilah 'ganggu' Muhammad Ziyad
Kamaruzaman Kadir khuatir situasi itu jika dibiarkan berlarutan, mampu menjejaskan emosi atlet berusia 31 tahun itu.
Impian pingat Suresh berkecai, tersingkir awal di Paralimpik Tokyo
Bato Tsydendorzhiev menewaskan Suresh dengan keputusan 6-2 pada pusingan pertama atau peringkat penyingkiran 1/16 itu.
Ziyad Zolkefli minta maaf pada rakyat Malaysia
Muhammad Ziyad Zolkefli meminta maaf selepas terlepas peluang mempertahankan emas Rio 2016 dalam acara lontar peluru lelaki F20 di Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo 2020: Wei Lun unggul kekal rekod tanpa kalah
Atlet boccia Chew Wei Lun melakar satu lagi keputusan sensasi, selepas memenangi perlawanan terakhir acara individu (kecacatan fizikal) peringkat kelayakan kumpulan B di Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo: Yee Khie sumbang pingat kedua buat Malaysia
Atlet powerlifting kebangsaan Jong Yee Khie, berjaya merangkul perak dalam acara lelaki 107 kilogram (kg), yang juga merupakan pingat kedua negara di Sukan Paralimpik Tokyo, di sini, hari ini.
Mampukah Yee Khie ikut jejak langkah Bonnie?
Atlet angkat berat nombor dua dunia itu pastinya diharap mampu mengikut jejak langkah rakan sepasukannya, Bonnie Bunyau Gustin.
Bonnie kini ikon atlet masa depan - CEO SSC
Dengan program latihan yang betul serta sokongan sains sukan dan perkhidmatan, Bonnie pasti akan kekal cemerlang bertahun-tahun lagi.
'Negaraku' akhirnya berkumandang di Tokyo
Lagu Negaraku akhirnya berkumandang di Tokyo apabila jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin mencipta sejarah menyumbang emas pertama negara hari ini.