awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

169 kakitangan kontrak ISN dipanggil semula - Syed Saddiq

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
04/12/2018
06:15 MYT
169 kakitangan kontrak ISN dipanggil semula - Syed Saddiq
Pihak ISN tidak dapat memastikan sama ada kontrak kakitangan terlibat akan disambung atau tidak pada tahun hadapan. - Gambar fail
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengambil semula 169 daripada 303 kakitangan kontrak Institut Sukan Negara (ISN) yang tidak disambung sebelum ini.
Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, baki kakitangan yang tidak diserap akan dimasukkan ke dalam agensi atau skim latihan yang bersesuaian.
"Bagi mereka yang tidak dimasukkan, KBS akan berusaha untuk mengambil profil peribadi mereka dan memadankan kerjaya dengan agensi-agensi lain atau syarikat lain, serta memberi latihan, kemahiran, keusahawanan pertanian dan sebagainya untuk membantu," katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas Ucaptama Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang III Penggal Ke-31 Tahun 2017-2018 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), hari ini.
BACA: Masa depan 303 pekerja kontrak ISN ditentu dalam mesyuarat tengah hari ini?
Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan semua 303 kakitangan terbabit hanya dimaklumkan mengenai kedudukan mereka sebulan sebelum tarikh akhir kontrak ditamatkan.
Menerusi surat yang diterima, kontrak perkhidmatan mereka akan tamat pada 31 Disember 2018 sementara pihak ISN pula memaklumkan tidak dapat memastikan sama ada kontrak itu akan disambung atau tidak pada tahun hadapan.
Surat itu menyebut, kedudukan mereka tertakluk kepada situasi kewangan ISN dan bergantung kepada penstrukturan semula program latihan atlet yang akan diselaraskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) nanti.
Topic Berkaitan
#Belia
#Institut Sukan Negara
#ISN
#kakitangan
#KBS
#kontrak
#sukan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan