awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

180 sertai KFC Regata Monsun mulai esok

Bernama
Bernama
07/11/2012
10:26 MYT
180 sertai KFC Regata Monsun mulai esok
Seramai 180 peserta dari 15 pasukan termasuk dari Singapura dan Thailand akan mengambil bahagian dalam kejohanan perahu layar KFC Regata Monsun 2012 di Pulau Warisan di sini selama empat hari mulai Khamis.
Kejohanan merupakan acara awal sebelum Piala Monsun diadakan di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyong mulai 3 hingga 8 Dis ini.
Timbalan Presiden Persatuan Perahu Layar Terengganu (Tesa), Rashid Mohd Nor berkata 13 pasukan tempatan yang mengambil bahagian dalam KFC Regata Monsun ialah dari Sabah, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan skuad kebangsaan.
Sebanyak empat kelas dipertandingkan iaitu optimis bawah 15 tahun lelaki dan perempuan, laser, international 420 dan windsurfing.
Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM25,000 ini dianjurkan oleh Tesa dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu dan ditaja bersama T-Best dan KFC Holding.
Topic Berkaitan
#KFC Regata
#perahu layar
#Pulau Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan