Sejumlah 4,000 tiket Piala Sultan Selangor, diagihkan kepada seluruh warga kerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kata Ketua Pengawai Eksekutif PKNS Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof.
Menurutnya, tiket percuma itu disumbangkan oleh Jawatankuasa Piala Sultan Selangor bagi meraikan ulang tahun perbadanan itu yang ke-54, tahun ini.
"Tiket khas itu diagihkan kepada warga dan kakitangan PKNS sebagai tanda penghargaan sempena meraikan ulang tahun PKNS yang disambut 1 Ogos lalu.
"Kita juga berikan kepada persatuan dan kelab PKNS, anak-anak syarikat PKNS dan akademi PKNS FC," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tiket berkenaan di Ibu Pejabat PKNS di Seksyen 14 di sini.
Turut hadir, Pengerusi Piala Sultan Selangor Tan Sri Abd Karim Munisar dan Ketua Jurulatih PKNS FC Datuk K. Rajagobal.
Piala Sultan Selangor yang memasuki edisi ke-17 itu bakal menyaksikan pasukan pilihan Selangor yang diwakili 20 pemain PKNS FC serta dua pemain Selangor bertemu pasukan pilihan Singapura.
Perlawanan pada 25 Ogos ini akan diadakan di Stadium Shah Alam.
Mengulas lanjut, Noraida berkata pihaknya turut melahirkan rasa gembira kerana sekali lagi pasukan PKNS FC dipilih Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai pasukan pilihan Selangor.
"Kali pertama PKNS FC mewakili pasukan Pilihan Selangor adalah pada tahun lepas di kejohanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Singapura pada 6 Mei 2017 yang lalu.
"Saya berharap pasukan yang diwakili PKNS FC ini mampu menjuarai Piala itu, sekaligus kemenangan tersebut akan menjadi hadiah bermakna bersempena ulang tahun PKNS," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 09 2018
![4,000 tiket Piala Sultan Selangor diagih pada warga PKNS 4,000 tiket Piala Sultan Selangor diagih pada warga PKNS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71533775984_ABDKARIM.jpg)
Abd Karim dan Noraida bergambar bersama pemain PKNS FC dan penerima tiket pada Majlis Jelajah Publisiti dan Penyerahan Tiket Piala Sultan Selangor di bangunan Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam, 8 Ogos, 2018. - fotoBERNAMA
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
![Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733826173_tbMahathirMohamad.jpg)
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
![MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733997292_TBMurugiah.jpg)
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
![TSSC 2024 buka lembaran baharu buat Stadium Merdeka - Abd Karim TSSC 2024 buka lembaran baharu buat Stadium Merdeka - Abd Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704902505_TBstadiummerdeka.jpg)
TSSC 2024 buka lembaran baharu buat Stadium Merdeka - Abd Karim
TSSC 2024 pada Ogos depan disifatkan bakal membuka lembaran baharu buat stadium penuh bersejarah negara, Stadium Merdeka.
![4,000 tiket Piala Sultan Selangor diagih pada warga PKNS 4,000 tiket Piala Sultan Selangor diagih pada warga PKNS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71533775984_ABDKARIM.jpg)
4,000 tiket Piala Sultan Selangor diagih pada warga PKNS
Menurutnya, tiket percuma itu disumbangkan oleh Jawatankuasa Piala Sultan Selangor bagi meraikan ulang tahun perbadanan itu yang ke-54, tahun ini.
![Perlawanan Piala Sultan Selangor malam ini dibatalkan sebab jerebu Perlawanan Piala Sultan Selangor malam ini dibatalkan sebab jerebu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/41445685881_StadiumShahAlam.jpg)
Perlawanan Piala Sultan Selangor malam ini dibatalkan sebab jerebu
Perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam di sini malam ini dibatalkan berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk, kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.