awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 sebab mengapa Gerrard pemain bola sepak paling menghiburkan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
17/05/2015
09:17 MYT
4 sebab mengapa Gerrard pemain bola sepak paling menghiburkan
Gerrard pemain bola sepak yang cukup tersendiri.
Semalam tentunya hari yang cukup sedih bagi peminat Liverpool apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kapten kesayangan mereka, Steven Gerrard.
Hakikatnya, sumbangan Gerrard sepanjang 17 tahun mewakili Liverpool sukar dicari ganti. Paling diingati tentulah semangat dan kepimpinannya (selain turut menjaringkan gol) dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2005 di Istanbul. Tetapi bukan itu sahaja sebab kenapa kami adore Steven Gerrard.
Kami berikan empat sebab kenapa Gerrard antara pemain bola sepak yang paling menghiburkan.
1. 'Kisah cinta' dengan Jose Mourinho
Sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan Liga Inggeris tentu tahu cerita love-hate relationship Gerrard dengan pengurus Chelsea ini. Ia juga digelar sesetengah orang sebagai 'cinta tak berbalas', memandangkan Mourinho sudah banyak kali cuba memujuk Gerrard untuk menyertai kelab-kelab yang pernah diuruskannya; Inter Milan, Real Madrid dan tentunya Chelsea.
KLIK GALERI FOTO : 8 aksi terhebat lagenda Liverpool, Steven Gerrard
2. Stail yang sama
Mungkin pada sesetengah orang, stail yang sama membosankan. Tetapi 17 musim dengan satu gaya rambut yang sama, menunjukkan dia seorang yang sangat konsisten dan setia. Anda tak rasa begitu?
3. Mangsa 'buli' netizen
Status sebagai Kapten Marvel tak menjamin anda takkan dibuli oleh netizen. Apa lagi kalau anda pemain bola sepak terkenal yang ada sejarah tersadung (dan kemudiannya mengakibatkan pasukan lawan menjaringkan gol) dalam satu perlawanan penting. Maka, wujudlah hashtag #gerrardslip yang dijadikan modal netizen untuk troll lagenda Liverpool ini.
P/S: Kapten pasukan mana lagi yang diperintah keluar padang selepas 40 saat? Only Gerrard!
Steven Gerrard
Steven Gerrard
4. Cara meraikan jaringan gol paling tidak hygienic
Gerrard bolehlah dikatakan sebagai pemain yang punya cara tersendiri setiap kali menjaringkan gol, iaitu dengan mencium kamera. Sesetengah orang menganggap ia kurang hygienic. Tetapi itulah Gerrard. Malah bookie perlawanan bola sepak pernah membuat pertaruhan jika Gerrard akan cium kamera seandainya dia menjaringkan gol dalam satu perlawanan.
Topic Berkaitan
#Liverpool
#Steven Gerrard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan