awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4,000 hadiri sambutan Selamat Datang di Palembang

Bernama
Bernama
19/08/2018
01:21 MYT
4,000 hadiri sambutan Selamat Datang di Palembang
Majlis meraikan kehadiran atlet dan pembukaan Sukan Asia 2018 turut disambut meriah dengan percikan bunga api di perkarangan Stadium Gelora Sriwijaya malam tadi. --fotoBERNAMA
Lebih 4,000 atlet, pegawai dan jemputan menyertai upacara Malam Selamat Datang Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Bandar Sukan Jakabaring (JSC) di sini, malam tadi.
Berpakaian seragam kontinjen masing-masing, kesemua mereka berkumpul di Stadium Gelora Sriwijaya, sambil menyaksikan secara langsung upacara pembukaan rasmi Sukan Asia ke-18 melalui skrin gergasi.
Majlis perasmian itu diadakan penuh gilang-gemilang di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) di Jakarta, dengan diisytiharkan dibuka secara rasmi oleh Presiden Indonesia Joko Widodo
Atlet dan jemputan yang menghadiri Malam Selamat Datang itu, disajikan dengan persembahan daripada artis tempatan dan antarabangsa, selain diadakan pelbagai aktiviti serta pertunjukan bunga api.
Sejumlah 96 atlet terdiri daripada 50 atlet lelaki dan 41 wanita, menggalas cabaran Malaysia di Palembang, Sumatera Selatan.
BACA: Obor sudah dinyalakan dari gunung berapi, semangat Sukan Asia 2018 membara!
Sepak takraw, tenpin boling, menembak, 'roller sports', bola tampar pantai, bola sepak wanita dan triathlon adalah antara sukan yang dipertandingkan di JSC.
Lebih 11,000 atlet dan kira-kira 5,000 pegawai dari 45 negara menyertai temasya Sukan Asia kali ini yang berlangsung sehingga 2 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet
#Indonesia
#Jakarta
#Joko Widodo
#kontinjen
#Palembang
#Stadium Gelora Sriwijaya
#Stadium Utama Gelora Bung Karno
#sukan
#Sukan Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan