SUKAN
60,000 peminat bola sepak dijangka banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini - Polis

Sebanyak 60,000 peminat bola sepak dijangka menyaksikan perlawanan Kumpulan F bagi Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam malam ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 60,000 peminat bola sepak dijangka menyaksikan perlawanan Kumpulan F bagi Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.
Ringkasan AI
- Perlawanan Malaysia vs Vietnam dalam Kelayakan Piala Asia 2027 dijangka dihadiri 60,000 peminat di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, dengan pintu stadium dibuka seawal 5.30 petang.
- Pemeriksaan keselamatan ketat akan dilakukan bagi mengelakkan penonton membawa barangan terlarang seperti mercun, senjata berbahaya, rokok elektronik, dan dron.
- Polis menasihatkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam dan mematuhi arahan bagi memastikan kelancaran lalu lintas, serta memberi amaran terhadap sebarang provokasi atau kekacauan.
"Untuk kelancaran lalu lintas, orang ramai dinasihatkan agar menggunakan pengangkutan awam ke Stadium Nasional Bukit Jalil dan elakkan melalui kawasan sekitar stadium jika tiada urusan berkaitan perlawanan.
"Orang ramai juga diminta mematuhi arahan pegawai polis, mengamalkan sikap berhemah di jalan raya serta tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan kerana tindakan saman dan tunda akan dikenakan kepada kenderaan yang menghalang lalu lintas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kumpulan atau individu yang cuba mencetuskan kekacauan, rusuhan serta provokasi melampau semasa perlawanan mahupun selepas tamat perlawanan berkenaan.
"Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami