awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

71 anggota polis kawal jualan tiket di Stadium Sultan Muhammad ke-IV esok

Bernama
Bernama
29/10/2013
05:43 MYT
71 anggota polis kawal jualan tiket di Stadium Sultan Muhammad ke-IV esok
Polis akan menempatkan seramai 71 anggota bagi mengawal selia jualan tiket di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini esok sempena final Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata kawalan akan bermula pukul 12 tengah hari oleh 32 anggota Unit Tempur Ringan, 15 anggota Tugas Am, 15 anggota Trafik, enam anggota Unit Rondaan dan tiga anggota Unit K9.
"Kawalan keselamatan akan berkonsepkan 'safety and security' di mana pembeli tiket akan beratur melalui jalan masuk ke kaunter tiket dan keluar menggunakan laluan sehala yang lain. Anggota polis akan ditempatkan mengawal semua lapan barisan orang ramai yang beratur untuk membeli tiket manakala anggota yang lain akan ditugaskan untuk membuat kawalan di sekitar kaunter tiket," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata sebanyak 10,000 tiket akan mula dijual pukul 3 petang menerusi lapan kaunter.
Tiket dijual dengan harga RM40 dan jumlah maksimum yang boleh dibeli oleh seorang individu ialah empat keping, katanya.
Perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor Ahad ini.
Kawalan lebih ketat terpaksa diadakan berikutan kekecohan yang berlaku sempena perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jumaat lalu di Stadium Sultan Muhammad ke-1V, akibat sistem jualan tiket yang tidak sistematik.
Topic Berkaitan
#Kelantan
#Pahang
#Piala Malaysia
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan