KUALA LUMPUR: Lapan negara termasuk Malaysia menolak cadangan penganjur Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam untuk menangguhkan temasya dwitahunan itu ke Mei atau Jun tahun depan.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata penolakan cadangan itu bagi memberi ruang kepada penganjur untuk mengemukakan tawaran baharu yang boleh memuaskan hati semua negara bertanding, dalam tempoh dua minggu lagi.
"Lapan negara menolak cadangan itu termasuk Malaysia, dua negara termasuk Vietnam menyokongnya manakala Laos tidak membuat keputusan," katanya kepada Bernama hari ini.
Mohamad Norza berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat bersama Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) yang diadakan secara maya hari ini.
Beliau berkata situasi COVID-19 yang melanda dunia ketika ini merupakan alasan dikemukakan Vietnam untuk menangguhkan Sukan SEA ke tahun depan.
Isnin lepas, Bernama melaporkan Mohamad Norza tidak bersetuju dengan cadangan penangguhan itu memandangkan atlet negara bakal mengharungi kalendar sukan yang padat seperti penyertaan di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dari 4-20 Feb, Sukan Komanwel Birmingham (28 Julai-8 Ogos) dan Sukan Asia Hangzhou (10-25 Sept).
Sukan SEA di Hanoi, Vietnam dijadualkan berlangsung dari 21 Nov hingga 2 Dis depan. Vietnam menyenaraikan 520 acara daripada 40 jenis sukan untuk edisi tahun ini.
Ini merupakan kali kedua Vietnam menganjurkan Sukan SEA selepas kali pertama pada 2003.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021
Norza berkata penolakan cadangan itu bagi memberi ruang kepada penganjur untuk mengemukakan tawaran baharu yang boleh memuaskan hati semua negara bertanding, dalam tempoh dua minggu lagi. - Gambar fail
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
MOM sedia bincang dengan KBS wujud peruntukan untuk hasil filem sukan
Usaha itu bagi mengetengahkan elemen perpaduan dan memupuk semangat patriotisme terutamanya dalam kalangan generasi muda.
MOM minta flag football bentang hala tuju ke LA28
MOM meminta agar sukan flag football untuk membentangkan peta hala tuju jika berhasrat untuk mewakili negara ke Sukan Olimpik LA28.
MOM desak menteri campur tangan
MOM mendesak Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk campur tangan dan menangani isu melibatkan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias.
Pesuruhjaya Sukan ancam batal pendaftaran, MOM kemuka bantahan rasmi kepada Hannah
Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias, dilaporkan mengancam untuk membatalkan pendaftaran MOM, baru-baru ini.
Sukan Asia: MOM tunggu keputusan IOC mengenai penyertaan atlet Rusia, Belarus
MOM akan menunggu keputusan IOC sebelum membuat pendirian rasmi berhubung langkah OCA membenarkan atlet Rusia dan Belarus bertanding pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.
Kemboja: 4 maut minum wain beras mengandungi kadar metanol tinggi
Empat orang maut di wilayah Ratanakiri di timur laut Kemboja selepas meminum wain beras yang mengandungi kadar metanol yang tinggi, kata pegawai pada Selasa.
MILO, MOM perkukuh kerjasama bina negara juara
MILO meneruskan dedikasinya terhadap industri sukan negara dengan pemeteraian perjanjian penajaan bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Isnin.
Perlu analisis mendalam terhadap prestasi suram Sukan SEA Kemboja
Pihak berkepentingan yang terlibat dalam kancah sukan negara perlu mengakui kelemahan sukan tempatan dan berusaha mencari cara untuk kembali menjadi antara pencabar pingat di Sukan SEA.
SEAGF setuju kurangkan sukan tradisional, 'pelik' di Sukan SEA - Norza
Tiga edisi Sukan SEA selepas ini akan mengurangkan penganjuran sukan 'pelik' dan tradisi, dengan keutamaan pada sukan yang dipertandingkan di Olimpik dan Sukan Asia.
Pemilihan jenis sukan di Sukma 2024 dibuat secara terbuka, tanpa sebarang prejudis
Pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak dibuat secara terbuka, melalui kerjasama semua pihak berkepentingan tanpa sebarang prejudis.