awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaliyah terpilih ke Masters-64 di Amerika Syarikat hujung minggu ini

Bernama
Bernama
20/05/2024
13:45 MYT
Aaliyah terpilih ke Masters-64 di Amerika Syarikat hujung minggu ini
Aaliyah, 20, layak ke kejohanan berprestij itu hasil prestasi cemerlangnya sepanjang musim ini. - Instagram @aaliyah.yoong
KUALA LUMPUR: Ratu luncur air negara Aaliyah Yoong Hanifah akan bertanding pada kejohanan Ski Air dan Papan Luncur Masters ke-64 di Amerika Syarikat mulai Jumaat hingga Ahad ini.
Penganjur dalam satu kenyataan hari ini memakliumkan Aaliyah, 20, layak ke kejohanan berprestij itu hasil prestasi cemerlangnya sepanjang musim ini.
"Selama 63 tahun, Kejohanan Ski Air dan Papan Luncur Masters telah mempamerkan beberapa detik terhebat sukan kami dan bersaing di Tasik Robin memegang tempat istimewa dalam kerjaya setiap atlet yang diberi peluang untuk mengambil bahagian," katanya.
Aaliyah mengulas kelayakannya melalui catatan Facebook menyatakan bahawa ia adalah satu penghormatan besar bagi dirinya untuk menjadi peserta Asia pertama yang layak ke kejohanan itu.
Sementara itu, jurulatih luncur air negara Hanifah Yoong Yin Fah berkata Aaliyah berjaya mencipta rekod baharu kebangsaan bagai acara 'jump' iaitu 48.3 meter (m) pada kejohanan Masters LCQ 2 di Sunset Lakes semalam.
"Sebelum hujung minggu lalu, rekodnya dan PB (terbaik peribadi) ialah 47.2m yang ditetapkan 12 bulan lalu. Dia memperbaikinya empat kali sekarang pada minggu lalu.
"Dia telah melayakkan diri ke Ski Air Nautique US Masters hujung minggu depan di mana hanya peluncur ski utama dunia akan masuk melalui kelayakan dua hujung minggu sebelum Masters," tulisnya di Facebook hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aaliyah yoong
#ratu luncur air
#kejohanan ski air
#Masters
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan