Aaron-Wooi Yik gagal pecah kemarau 12 tahun di Terbuka Malaysia

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menentang beregu lelaki Indonesia Fajar Alfian dan Muhammad Shohibul Fikri pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Petronas 2026 di Stadium Axiata Arena hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Harapan beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menjuarai Terbuka Malaysia 2026 musnah selepas mereka tewas di di pentas final, sekali gus melanjutkan kemarau 12 tahun Malaysia dalam acara tersebut.
Ringkasan AI
- Harapan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjuarai Terbuka Malaysia 2026 musnah selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dalam final, memanjangkan kemarau Malaysia selama 12 tahun dalam acara tersebut.
- Aaron-Wooi Yik tewas set pertama 15-21 tetapi bangkit pada set kedua dengan kemenangan 21-12 sebelum kalah 18-21 dalam set penentuan, menutup perlawanan selepas pertarungan sengit selama satu jam enam minit.
- Kekalahan ini menandakan Malaysia terus mencari juara beregu lelaki di pentas sendiri, sementara Aaron-Wooi Yik terus menanti gelaran Super 1000 selepas kekalahan ketujuh mereka di peringkat tersebut.
Namun, juara dunia 2022 itu bangkit pada set kedua, menampilkan permainan mantap untuk mendahului 18-11 dan akhirnya memaksa set penentuan dengan kemenangan meyakinkan 21-12.
Momentum perlawanan berubah pada set penentuan apabila pasangan Korea itu mendahului 11-4, tetapi Aaron-Wooi Yik enggan menyerah, kembali menyaingi lawan sehingga jarak mata hanya satu, 18-17.
Bagaimanapun, juara bertahan itu menutup perlawanan dengan kemenangan 21-18 selepas pertarungan sengit selama satu jam enam minit.
Kekalahan ini menandakan pencarian Malaysia untuk juara beregu lelaki di pentas sendiri masih berterusan, dengan kemenangan terakhir milik Goh V Shem-Lim Khim Wah pada edisi 2014.
Selain itu, ia turut melanjutkan penantian Aaron-Wooi Yik untuk memenangi gelaran Super 1000, selepas ini merupakan kekalahan ketujuh mereka di peringkat tersebut.
Sebagai juara beregu lelaki, Won Ho-Seung Jae membawa pulang hadiah wang tunai USD107,300 (RM439,232), manakala Aaron-Wooi Yik selaku naib juara menerima USD50,750 (RM207,745).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


