awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN gerakkan semua agensi berkaitan banteras pemalsuan MyKad
Iran tegaskan suasana kembali aman, tolak naratif palsu berita luar
KPKT umum RM3 juta bina enam Taman MADANI di Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaron-Wooi Yik bermandi peluh, Pearly-Thinaah mudah ke suku akhir Kejohanan Dunia

Bernama
Bernama
28/08/2025
22:30 MYT
Aaron-Wooi Yik bermandi peluh, Pearly-Thinaah mudah ke suku akhir Kejohanan Dunia
Aaron Chia (kanan) danSoh Wooi Yik membuktikan mereka pasangan beregu lelaki utama negara selepas menundukkan cabaran sengit daripada rakan senegara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King untuk melangkah ke suku akhir Kejohanan Dunia 2025 di Paris.
KUALA LUMPUR: Bekas juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuktikan mereka pasangan beregu lelaki utama negara selepas menundukkan cabaran sengit daripada rakan senegara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King untuk melangkah ke suku akhir Kejohanan Dunia 2025 di Paris, pada Khamis.
Bertanding pada pusingan ketiga di Adidas Arena, Aaron-Wooi Yik bermula agak perlahan dengan tewas 18-21 pada set pertama.
Bagaimanapun, beregu pilihan kedua itu bangkit untuk memaksa set penentuan selepas menang 21-18 pada set kedua.
Set penentuan menyaksikan kedua-dua pasangan bertarung sengit, kekal seimbang 24-24 sebelum Aaron-Wooi Yik mengekalkan fokus dan menamatkan perlawanan 26-24 dalam tempoh 64 minit.
Dalam suku akhir pada Jumaat, mereka bakal bertemu sama ada beregu pilihan kesembilan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, atau pilihan keenam dan pemenang pingat perak Paris 2024 dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang.
Sementara itu, pasangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah tidak menghadapi masalah besar untuk mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Indonesia, Lanny Tria Mayangsari-Siti Fadia Silva Ramadhanti, 21-12, 21-11 dalam masa hanya 29 minit.
Pearly-Thinaah akan berdepan pasangan adik-beradik Stoeva Gabriela dan Stefani dari Bulgaria atau pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, untuk menentukan tempat di separuh akhir pada Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Kejohanan Dunia 2025
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan