Tumpuan pastinya terarah kepada acara memanah compound individu yang membuka tirai sukan memanah dengan menawarkan dua pingat emas esok di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Bakal beraksi di Bandar Sukan Kuala Lumpur, skuad compound mempertaruhkan Lee Kin Lip dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh masing-masing bagi kategori individu lelaki dan wanita.
Fatin Nurfatehah meraih tiga emas pada edisi ke-28 Sukan SEA Singapura yang menyaksikan skuad memanah Malaysia secara keseluruhan meraih lima kilauan emas - empat dalam acara compound.
Skuad memanah compound diwakili lapan atlet iaitu M. Khambeswaran, Mohd Juwaidi Mazuki, Zulfadhli Ruslan, Nor Rizah Ishak, Nurul Syazhera Mohd Asmi dan Saritha Cham Nong selain Kin Lip dan Fatin Nurfatehah.
Pemanah negara dijangka menerima tentangan hebat daripada pasukan Indonesia dan Myanmar.
Pada KL2017, memanah menawarkan 10 pingat emas iaitu lima dalam acara recurve bagi individu lelaki, individu wanita, berpasukan lelaki, berpasukan wanita dan berpasukan campuran, manakala lima lagi dalam acara compound bagi individu lelaki, individu wanita, berpasukan lelaki, berpasukan wanita dan berpasukan campuran.
Skuad recurve pula terdiri daripada Haziq Kamaruddin, Khairul Annuar Mohamad, Muhamad Zarif Syahir Zolkepeli, Muhammad Akmal Nor Hasrin, Loke Shin Hui, Nur Afisa Abdul Halil, Nur Aliya Ghapar dan Nuramalia Haneesha Mazlan.
Skuad recurve yang meraih satu emas di Singapura dua tahun lepas, dijangka menerima tentangan hebat daripada Indonesia dan Thailand.
Acara memanah pada KL2017 dijadual berlangsung dari 16 hingga 22 Ogos.
Pada Sukan SEA Singapura, kontinjen negara mendominasi sukan memanah dengan lima pingat emas, tiga perak dan dua gangsa iaitu pencapaian terbaik skuad memanah di temasya dwitahunan itu.
Pada KL2017, atlet memanah menyasarkan meraih empat emas iaitu tiga daripada acara compound dan satu lagi menerusi acara recurve.
Pengurus pasukan Shamsuddin Ibrahim berkata sasaran itu amat realistik berdasarkan prestasi semasa atlet memanah negara namun beliau tidak menolak kemungkinan elemen kejutan yang menjurus kepada penambahan pingat pada aksi di laman sendiri kali ini. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2017
Pemanah negara (dari kiri) Khairul Anuar Mohamad, Muhammad Akmal Nor Hasrin dan Haziq Kamaruddin berjalan keluar selepas tewas kepada Pasukan Perancis dalam acara berpasukan lelaki pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016 pada 6 Ogos. - FotoBERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Doping: Wendy Ng mohon sidang video
Wendy sepatutnya menghadiri pendengaran kes doping itu di Switzerland tetapi memohon pertimbangan itu susulan perbelanjaan ke negara itu sangat tinggi.
11 atlet TUDM dinaikkan pangkat selepas rangkul emas pada Sukan Sea KL2017
Majlis Pemakaian Pangkat anggota itu disempurnakan sendiri oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Affendi Buang
SEAGF umumkan tiga nama atlet gagal ujian doping KL2017
Selain Wendy, dua atlet Thailand - Nurisan Loseng peserta acara Pencak Silat dan perenang Benjaporn Sriphanomthorn juga gagal dalam ujian "Sampel B' yang dilaksanakan baru-baru ini.
Empat dalang cuba serang penutup KL2017 didakwa
Semua mereka yang bekerja sebagai buruh binaan itu didakwa merupakan ahli kumpulan Abu Sayyaf dan menyembunyikan maklumat berkaitan kumpulan pengganas terbabit.
APG KL2017 ditutup penuh bangga, meriah
Kontinjen Indonesia dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan meraih 126 emas, 75 perak dan 50 gangsa.
Malaysia tepati sasaran naib juara walaupun gagal raih 103 emas
Pencapaian kali ini iaitu 90 emas, 85 perak dan 83 gangsa adalah lebih baik pada edisi 2015 di Singapura dengan Malaysia menduduki tangga ketiga keseluruhan.
Firdaus Zonis sedia sertai pasukan elit jika dipanggil
Muhamad Firdaus, 21, berkata setakat ini beliau akan menjalani latihan dengan atlet para.
APG - Olahraga: Enam pingat emas berjaya dituai
Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan emas pertama buat skuad olahraga selepas mengungguli acara lompat jauh wanita T20, sebelum Eddy Bernard dan Muhammad Afiq Mohamad Ali Hanafiah menambah dua lagi.
Perdana Menteri rasmi Sukan Para ASEAN KL2017
Selepas menyampaikan ucapan, Khairy menjemput Perdana Menteri untuk mengisytiharkan Sukan Para ASEAN (APG) ke-9 KL2017 dirasmikan.
Khairul Hafiz ingin segera pulih dari kecederaan
Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan ingin segera pulih daripada kecederaan dan kini memberi tumpuan penuh kepada proses pemulihan selepas temasya Sukan SEA KL2017.