awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja cederakan bekas OCPD Dang Wangi diperintah jalani hukuman khidmat masyarakat
Campur tangan insurans dalam rawatan pesakit bercanggah undang-undang - Dzulkefly
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Acara sepak takraw regu berpasukan tetap diadakan di Sukan SEA Kemboja - CAMSOC

Bernama
Bernama
24/04/2023
22:00 MYT
Acara sepak takraw regu berpasukan tetap diadakan di Sukan SEA Kemboja - CAMSOC
Acara sepak takraw regu berpasukan akan tetap dianjurkan pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023, walaupun mempunyai kurang daripada empat negara yang mengambil bahagian dalam acara itu. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Acara sepak takraw regu berpasukan akan tetap dianjurkan pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023, walaupun mempunyai kurang daripada empat negara yang mengambil bahagian dalam acara itu, demikian menurut Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC).
Setiausaha Agungnya, Vath Chamroeun, berkata keputusan itu dibuat untuk memperakui dan menghargai sumber dan masa yang diluangkan oleh pemain, jurulatih dan pegawai pasukan sebagai persediaan untuk acara tersebut pada temasya dwitahunan itu.
Justeru, katanya, acara itu akan disertai oleh juara bertahan, Thailand, Malaysia, pemenang pingat perak Sukan SEA 2021, dan tuan rumah, Kemboja.
"Saya juga boleh mengesahkan bahawa CAMSOC mengekalkan keputusannya untuk membenarkan tiga NOC (Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan) yang bertanding dianugerahkan pingat emas, perak dan gangsa mengikut keputusan akhir pertandingan," katanya dalam surat kepada Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, semalam.
Sementara itu, ASTAF, dalam kenyataan, mengesahkan acara regu berpasukan akan dipertandingkan mengikut format 'round robin' susulan penyertaan kurang daripada lima negara.
Sukan SEA ke-32 akan berlangsung di Phnom Penh dari 5 hingga 17 Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sepak takraw regu berpasukan
#Sukan SEA Kemboja
#CAMSOC
#Vath Chamroeun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan