awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACC: JDT bangkit saat akhir ikat Svay Rieng 2-2

Bernama
Bernama
04/12/2025
20:40 MYT
ACC: JDT bangkit saat akhir ikat Svay Rieng 2-2
Semangat juang tinggi pemain JDT akhirnya membuahkan hasil apabila pemain pertahanan import Shane Lowry menanduk masuk hantaran lintang Heberty Fernandes pada minit ke-90+2 untuk merapatkan jurang. - Gambar Facebook Johor Southern Tigers
KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat PKR Svay Rieng FC dari Kemboja 2-2 pada perlawanan ketiga Kumpulan B Kejohanan Kelab Bola Sepak ASEAN (ACC) 2025/2026 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh malam tadi.
Skuad Harimau Selatan terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pembukaan pasukan tuan rumah menerusi rembatan kencang pemain tengah Cristian Silveira dari luar kotak penalti pada minit ke-29.
Pendahulu Liga Kemboja itu menggandakan kedudukan lapan minit kemudian selepas Nhean Sosidan menyempurnakan hantaran pendek Kwame Peprah dari sebelah kiri, sekali gus menambah tekanan buat anak buah Xisco Munoz.
Namun, semangat juang tinggi pemain JDT akhirnya membuahkan hasil apabila pemain pertahanan import Shane Lowry menanduk masuk hantaran lintang Heberty Fernandes pada minit ke-90+2 untuk merapatkan jurang.
La'Vere Corbin-Ong muncul penyelamat apabila menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-90+6, sekali gus memastikan JDT membawa pulang satu mata dan mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan.
JDT kini mengungguli saingan peringkat kumpulan dengan mengumpul tujuh mata, diikuti wakil Vietnam Nam Dinh di tempat kedua (enam mata) dan PKR Svay Rieng ketiga dengan meraih empat mata.
JDT memenangi dua perlawanan pertama masing-masing menewaskan wakil Singapura Lion City Sailors 3-1 dan Bangkok United dari Thailand 4-0, kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Selepas ini, juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu dijadualkan bertemu Shan United dari Myanmar di Stadium Sultan Ibrahim pada Januari depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#acc
#Kejohanan Kelab Bola Sepak ASEAN
#JDT
#Harimau Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan